Webinar perkongsian pakar : Publish and Flourish: FYP to Journal / Ainnie Rahayu Abdullah and Nor Aimi Abdul Wahab

Abdullah, Ainnie Rahayu and Abdul Wahab, Nor Aimi (2022) Webinar perkongsian pakar : Publish and Flourish: FYP to Journal / Ainnie Rahayu Abdullah and Nor Aimi Abdul Wahab. Bulletin. Jabatan Sains Gunaan.
Identification Number (DOI): Issue 1
Abstract

Pada 29 dan 30 September 2021, Ts Dr Mohd Zaki Mohd Yusoff, pensyarah kanan Jabatan Sains Gunaan (JSG) telah dijemput sebagai penceramah untuk program webinar Publish and Flourish: FYP to Journal yang dianjurkan oleh Fakulti Sains Gunaan (FSG), UiTM Cawangan Perlis. Program dengan kerjasama PJIMA ini telah berlangsung secara atas talian menerusi platform Google Meet. Program ini bertujuan untuk membantu para pensyarah FSG khususnya untuk menghasilkan jurnal daripada hasil dapatan dan laporan atau thesis projek tahun akhir para pelajar semester akhir pengajian. Selain itu, para peserta program ini juga telah didedahkan dengan teknik penulisan serta teknik menghasilkan penulisan yang berimpak tinggi.
Program yang dijalankan selama dua hari ini dimulakan dengan 6 sesi ceramah yang dibentangkan oleh penceramah daripada pelbagai latarbelakang. Tajuk-tajuk yang dibentangkan adalah FYP to Journal Publication, Abstract & Problem Statement, Literature Review (yang dibentangkan oleh Ts Dr Mohd Zaki Mohd Yusoff), Methodology Writing 1, Results & Discussion dan Choosing the Right Journal for Publication. Sesi bersama fasilitator dalam breakout room berbeza (Biology, Marine, Physics, Polymer & Chemistry) turut diadakan selepas sesi ceramah yang dihadiri oleh seramai 35 orang peserta itu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 64846.pdf]
Text
64846.pdf
Download (136kB)
Indexing & Metrics