Transkrip temubual bersama Dr. Rosli bin Zakaria, Pensyarah senior Fakulti Seni dan Reka Bentuk, mengenai pengalaman beliau dalam bidang seni arca / Aliah Zaharudin and Nur Arif Asyikin Mohamad Ali

Zaharudin, Aliah and Mohamad Ali, Nur Arif Asyikin (2021) Transkrip temubual bersama Dr. Rosli bin Zakaria, Pensyarah senior Fakulti Seni dan Reka Bentuk, mengenai pengalaman beliau dalam bidang seni arca / Aliah Zaharudin and Nur Arif Asyikin Mohamad Ali. [Oral History] (Submitted)
Abstract

Transkrip ini membincangkan tentang seorang tokoh yang berpengalaman dalam bidang warisan seni penghasilan arca. Beliau gemar menyertai pertandingan, pameran-pameran dan telah pun memperolehi banyak anugerah sejak dari mula menceburi bidang penghasilan arca. Dalam era globalisasi tanpa limitasi ini, masih ada masyarakat pada masa kini yang tidak mengetahui tentang warisan seni dan tidak menyedari kewujudannya termasuklah dalam bidang seni arca ini. Temubual ini dijalankan selama I jam 50 minit bertempat di Kedai Bingkai Gambar, Masjid Tanah, Melaka pada Il Mei 2021. Temubual ini didokumentasikan kepada masyarakat supaya mereka dapat mendapat informasi dan dapat memberikan pandangan mereka terhadap warisan seni dalam bidang arca khususnya. Sejarah lisan ini mengandungi sejarah, jenis arca, kepentingan, pencapaian, sumbangan, harapan selain membicarakan tentang perjalanan hidup dan pengalaman tokoh sepanjang menceburi bidang seni arca sejak tahun 90-an sehingga berjaya menjadi seorang pengarca berjaya yang semakin dikenali pada masa kini. Pendokumentasian daripada wawancara ini dapat membantu dan merungkaikan segala isu berkaitan dengan warisan seni arca. Melalui projek sejarah lisan ini juga, diharapkan agar semua golongan masyarakat dapat memahami dengan lebih dekat tentang warisan seni arca supaya dapat menghargai karyakarya yang dihasilkan oleh seniman seperti pengarca.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 64767.pdf]
Text
64767.pdf
Download (7MB)
Indexing & Metrics