Transkrip temubual bersama Ustaz Jalaluddin bin Mispan@Mislan, Guru Besar Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi, Johor mengenai Warisan Seni Khat / Nur Haliza Kamat and Siti Maizatul Aisyah Johari

Kamat, Nur Haliza and Johari, Siti Maizatul Aisyah (2021) Transkrip temubual bersama Ustaz Jalaluddin bin Mispan@Mislan, Guru Besar Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi, Johor mengenai Warisan Seni Khat / Nur Haliza Kamat and Siti Maizatul Aisyah Johari. [Oral History]
Abstract

Transkrip ini mengenai seorang tokoh yang sudah berkecimpung dalam seni warisan khat selama lebih kurang 25 tahun. Warisan seni khat mempunyai keunikannya yang tersendiri dan sudah dikenali ketika dahulu lagi. Namun begitu, sesetengah generasi masa kini kurang peka, mengetahui apa itu seni khat dan bagaimana caranya untuk menulis khat. Transkrip ini turut mengungkapkan serba sedikit mengenai latar belakang tokoh dalam seni warisan khat. Bermula dari bagaimana tokoh mula melibatkan diri dalam seni warisan ini, kajian ini turut memfokuskan jenis-jenis khat yang terkenal di Malaysia, cara dan jangka masa untuk menguasai seni khat, peralatan-peralatan untuk melakukan satu hasil seni khat, cabaran hagi mengekalkan seni khat, sumbangan dan harapan dalam seni khat dan juga isu yang berkaitan dengan tulisan jawi dan seni khat di Malaysia. Selain itu, tokoh turut mengupas serba sedikit mengenai Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor dalam mengekalkan usaha untuk memelihara seni khat daripada lupus ditelan zaman. Kajian ini mampu memberikan impak kepada masyarakat, organisasi dan agensi untuk terus mengenali apa itu seni khat dan mengapa perlu dipeliharanya. Kajian ini juga diharapkan mampu membuka mata generasi pada masa kini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai seni khat dan tulisan jawi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 64759.pdf]
Text
64759.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics