Transkrip temubual bersama Encik Sapari bin Sukarjo pengusaha Safis Art Enterprise mengenai pengalaman beliau bidang pembuatan wayang kulit / Nur Amirah Adlina Mohd Hirzun and Saidatul Anisa Mohd Esa

Mohd Hirzun, Nur Amirah Adlina and Mohd Esa, Saidatul Anisa (2021) Transkrip temubual bersama Encik Sapari bin Sukarjo pengusaha Safis Art Enterprise mengenai pengalaman beliau bidang pembuatan wayang kulit / Nur Amirah Adlina Mohd Hirzun and Saidatul Anisa Mohd Esa. Oral History Report. Fakulti Pengurusan Maklumat, Segamat.

Abstract

Transkrip ini membincangkan pengalaman seorang tokoh yang merupakan pemilik kepada Safis Art Enterprise dan pembuat patung wayang kulit sepenuh masa, iaitu Encik Sapari Sukarjo. Wawancara ini dilakukan untuk mengetahui pengalamannya dalam membuat patung wayang kulit sebagai sumber pendapatan, menjadikan ia sebagai kraftangan serta asam garam kehidupannya bergelar anak seni. Beliau pernah menceburkan diri dalam bidang pembuatan makanan sebelum terlibat dalam industri seni ini. Kemudian, beliau mula meneruskan darah seni generasi keluarganya sebagai pembuat patung wayang kulit dan mendaftarkan dirinya di bawah naungan Kompleks Kraftangan Johor sebagai pekerjaan sepenuh masa. Walaupun jenis kraftangan ini tidak terkenal di kalangan orang, tetapi dia bertekad untuk menceburkan diri sehingga kini. Pendapat dan pandangannya untuk umum terhadap seni pembuatan patung wayang kulit lebih lagi menjadikannya sebagai kraftangan adalah untuk terus memperkenalkan ia dan membuat orang ramai menerima keunikan hasil kraftangan ini Bahkan, dia tidak menyesal kerana memilih industri ini sebagai kerjayanya dan terus mengajar anaknya sebagai pelapik generasi baru kepada warisan itu. Ini menunjukkan bahawa industri seni dan kraftangan bukan hanya seni, tetapi juga meliputi bagaimana produk tersebut mempunyai nilai dan keunikannya tersendiri untuk para pengguna. Melalui sejarah lisan ini, diharapkan masyarakat dapat memperoleh lebih banyak pengetahuan mengenai bidang ini lebih mendalam serta menghargai warisan seni yang ada supaya tidak hilang di mata dunia.

Metadata

Item Type: Monograph (Oral History Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Hirzun, Nur Amirah Adlina
2020980531
Mohd Esa, Saidatul Anisa
2020964643
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Jamaluddin, Siti Noorsiah
UNSPECIFIED
Interviewee
Sukarjo, Sapari
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education
M Music and Books on Music > ML Literature of music > History and criticism > Folk, national, and ethnic music
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management
Keywords: Sapari Sukarjo; Patung wayang kulit; Kraftangan; Kompleks Kraftangan Johor; Safis Art Enterprise; Sejarah Lisan
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64757
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 64757.pdf] Text
64757.pdf

Download (5MB)

ID Number

64757

Indexing

Statistic

Statistic details