Transkrip temubual bersama Encik Che' Mat bin Jusoh tokoh rebab mengenai pengalaman beliau sebagai pemain rebab / Nur Hasmiza Mahusin and Nor Aimi Najwa Jalaludin

Mahusin, Nur Hasmiza and Jalaludin, Nor Aimi Najwa (2021) Transkrip temubual bersama Encik Che' Mat bin Jusoh tokoh rebab mengenai pengalaman beliau sebagai pemain rebab / Nur Hasmiza Mahusin and Nor Aimi Najwa Jalaludin. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini membincangkan dan berkongsi pengalaman seorang tokoh yang merupakan seorang yang pakar dan masih lagi mewarisi satu alat muzik tradisional yang amatpenting pada masa kini iaitu rebab dan beliau ialah Che' Mat bin Jusoh. Pada zaman moden dan serba kemajuan teknologi ini, ramai di dalam kalangan anak muda yang kurang mengetahui secara langsung tentang kewujudan rebab ini yang dikatakan unik dan juga merupakan salah satu alat muzik tradisional yang memainkan peranan yang penüng di dalam setiap persembahan tarian tradisional seperti Makyung, main puteri dan sebagainya. Selain menyentuh sedikit sebanyak tentang latar belakang tokoh ini, projek sejarah lisan inijuga cuba untuk mencari maklumat bermula dengan sejarah dan asal usul rebab yang dikatakan tidak berasal dari Tanah Melayu dan seterusnya memfokuskan secara menyeluruh tentang cara pembuatan, cara mempermainkan di dalam persembahan tertentu, sedikit tentang sumber pendapatan melalui alat muzik ini dan paling utama adalah keistimewaan rebab ini sendiri Kajian ini bukan sahaja daripada Encik Che' Mat bin Jusoh tetapi turut dilihat persamaan dan perbezaan daripada sumber lain. Melalui projek ini diharapkan juga agar masyarakat terutama generasi muda akan dapat mengenal alat muzik tradisional ini dengan lebih mendalam lagi

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 64749.pdf]
Text
64749.pdf
Download (52MB)
Indexing & Metrics