Transkrip temubual bersama Encik Muhammad Radhieddeen bin Sheikh Abdul Khalid artis veteran mengenai biografi beliau sebagai seorang artis / Wan Nur Azlin Zulaikha Wan Azli and Nurul Syahirah Azman

Wan Azli, Wan Nur Azlin Zulaikha and Azman, Nurul Syahirah binti (2021) Transkrip temubual bersama Encik Muhammad Radhieddeen bin Sheikh Abdul Khalid artis veteran mengenai biografi beliau sebagai seorang artis / Wan Nur Azlin Zulaikha Wan Azli and Nurul Syahirah Azman. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini membincangkan tentang cabaran dan liku-liku kehidupan artis veteran 80-an yang dipilih untuk dijadikan koleksi rujukan sejarah lisan. Selain itu, transkrip ini juga bertujuan untuk mendokumentasikan kisah mengenai artis veteran yang tidak mudah didapati dan bagi mendapatkan sumber primer daripada artis veteran yang dipilih sebagai memori sejarah pada masa akan datang. Artis veteran yang dipilih merupakan seorang pelakon yang dikenali sebagai Radhi Khalid atau nama sebenar beliau ialah Muhammad Radhieddeen bin Sheikh Abdul Khalid. Beliau telah dilahirkan pada 4 Februari 1964 dan berasal dari Pulau Pinang tetapi telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-cita beliau untuk menjadi seorang anak seni Implikasi kajian ini adalah bertujuan untuk dijadikan rujukan bagipengkaji, pelajar dan orang awam pada masa akan datang. Melaluiprojek sejarah lisan inijuga, penyimpanan dan pemeliharaan keaslian informasi dan maklumat dapat menjadi sumber rujukan yang dipercayai dan diyakini terutamanya untuk generasi pada masa kini dan akan datang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 64392.pdf]
Text
64392.pdf
Download (6MB)
Indexing & Metrics