Jurang kekayaan Malaysia menjelang 2022 / Mohd Azlan Abdul Majid and Afizan Amer

Abdul Majid, Mohd Azlan and Amer, Afizan (2021) Jurang kekayaan Malaysia menjelang 2022 / Mohd Azlan Abdul Majid and Afizan Amer. Bulletin. Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.
Abstract

Jurang kekayaan. Perkataan yang ringkas tetapi memberi maksud yang mendalam. Sejak bermula peradaban dunia akan wujud golongan yang mampu dan wujud juga golongan yang ketinggalan. Dalam tamadun islam telah wujud golongan merdeka dan wujud golongan asnaf. Sudah tentu golongan merdeka perlu untuk membayar zakat dan wang ini perlu untuk membantu golongan yang memerlukan. Pengagihan pendapatan ini berlaku sehingga sekarang. Itu sebabnya kita membayar cukai dan sumber ini diagihkan kembali kepada golongan yang memerlukan menerusi pelbagai insentif seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan sebagainya. Berbicara tentang tahun 2020, kita digemparkan dengan kewujudan gen virus COVID-19. Dunia tidak pernah menghadapi kejutan seperti ini. Tahun 2021, berita baik dimana vaksin iaitu langkah pencegahan mula disuntik diserata dunia termasuk di Malaysia. Pada 2022 pula dijangkakan proses pemulihan ekonomi dan kesihatan akan berlaku dimana mungkin kita akan mencapai imuniti kelompok pada ketika itu. Persoalannya, bagaimana keadaan pemulihan pada ketika itu? Adakah golongan ketinggalan dapat meneruskan kehidupan tanpa ketinggalan dan ketidakciciran berlaku?

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 64194.pdf]
Text
64194.pdf
Download (498kB)
Indexing & Metrics