Melestari keusahawanan siswa yang mampan melalui program trek usahawan berjaya: Kreatif atau Inovatif / Farrah Nadia Baharuddin

Baharuddin, Farrah Nadia (2021) Melestari keusahawanan siswa yang mampan melalui program trek usahawan berjaya: Kreatif atau Inovatif / Farrah Nadia Baharuddin. Bulletin. Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.

Abstract

Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Negeri Sembilan sentiasa proaktif dan produktif dalam mewujudkan ekosistem keusahawanan melalui kursus ENT300 di kalangan mahasiswa bagi melestarikan pembudayaan keusahawanan yang lebih kondusif dan menyeluruh. Sehubungan itu, program Trek Usahawan Berjaya: Kreatif atau Inovatif secara webinar telah dianjurkan dengan jayanya yang melibatkan lebih 500 mahasiswa UITM kampus Rembau pada 12 November 2020. Program ini merupakan sesi perkongsian dan soal jawab bersama usahawan jemputan yang telah berjaya dalam bidang keusahawanan yang diceburi masing-masing. Tiga (3) usahawan jemputan yang terlibat adalah tuan Hussein Mohd Said (usahawan Mega Water Sports & Holidays Sdn Bhd), tuan Muhammad Firdaus Osman (usahawan Saudagar Mover Enterprise) dan puan Aineedhia Roslan (usahawan kecantikan) yang mempunyai pengalaman yang luas dalam industri pelancongan, logistik, akuakultur dan juga kecantikan. Apa yang lebih menarik, usahawan jemputan juga mengupas lebih lanjut mengenai pengurusan perniagaan semasa pendemik COVID 19 yang melanda dunia dan implikasinya ke atas perniagaan yang diusahakan oleh mereka. Sesi perkongsian ini membuka mata mahasiswa bahawa setiap usahawan itu perlu berani mengambil risiko dan sentiasa kreatif serta inovatif dalam mempelbagaikan cara jualan terutamanya di kala norma baharu.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Baharuddin, Farrah Nadia
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus > Faculty of Business and Management
Journal or Publication Title: RONA TINTA
ISSN: 2785-9126
Keywords: siswa, usahawan, Kreatif, Inovatif, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63881
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63881.pdf] Text
63881.pdf

Download (524kB)

ID Number

63881

Indexing

Statistic

Statistic details