Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri UiTMCPP 2022 / Raja Rosila Raja Berahim... [et al.]

Raja Berahim, Raja Rosila and Ab. Latif, Nur Afiqah and Affendy Lee, Noor Azli and Desa, Melati and Mohd Adam, Aileen Farida (2022) Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri UiTMCPP 2022 / Raja Rosila Raja Berahim... [et al.]. Bulletin. Academy of Language Studies.

Abstract

Pada tanggal 20 Mei 2022 bersamaan 19 Syawal 1443H, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah mengadakan jamuan raya di Dewan Besar kampus Permatang Pauh. Majlis ini dijalankan bagi meraikan keluarga besar UiTMCPP bersama rakan strategik dan industri. Jamuan ini juga merupakan majlis perpisahan dua orang mantan Rektor iaitu Prof. Ts. Dr. Salmiah Kasolang yang telah tamat tempoh lantikan pada 30 April 2022 dan mantan Rektor (2018-2020) iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hisbany Mohd Hashim yang telah tamat perkhidmatan semasa permulaan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) disebabkan wabak pandemik COVID-19 pada tahun 2020. Disebabkan situasi pandemik yang menghadkan perjumpaan besar- besaran dari awal tahun 2020 hingga awal tahun 2022, iaitu setelah dua tahun tidak mengadakan majlis raya satu UiTMCPP, akhirnya pada tahun ini, warga UiTMCPP dapat berhimpun dan beramah mesra di Dewan Besar. Tema jamuan raya pada kali ini ialah “Beraya di Kampung”. Terdapat pelbagai juadah istimewa yang telah disediakan seperti nasi dan lauk pauk, bihun sup, laksa, mi kari, sate ayam dan dag- ing, aneka kuih muih, biskut raya, lemang, ketupat dan rendang. Penyediaan makanan dan minuman pada kali ini disediakan oleh Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTMCPP dengan kerjasama kontraktor yang telah dilantik. Ianya berbeza dengan majlis rumah terbuka sebelum ini kerana sebelum ini makanan dan minuman disediakan secara potluck oleh setiap jabatan. Pada kali ini, setiap jabatan hanya ditugaskan untuk menghias booth. Oleh itu, AJK Khidmat Masyarakat dan Kebajikan Sosial Staf APB telah dipertanggungjawabkan untuk menghias Booth No 11, iaitu tempat untuk para tetamu dan penganjur menyumbang pot- luck masing-masing.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Raja Berahim, Raja Rosila
UNSPECIFIED
Ab. Latif, Nur Afiqah
UNSPECIFIED
Affendy Lee, Noor Azli
UNSPECIFIED
Desa, Melati
UNSPECIFIED
Mohd Adam, Aileen Farida
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Aboo Bakar, Rofiza
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
L Education > LG Individual institutions > Asia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies
Journal or Publication Title: e-Lingua
ISSN: 2600-7134
Keywords: e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM
Date: June 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63638
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63638.pdf] Text
63638.pdf

Download (341kB)

ID Number

63638

Indexing

Statistic

Statistic details