Awas! Jangan derhaka / Mu'allim Mohd Bakri

Mohd Bakri, Mu'allim (2021) Awas! Jangan derhaka / Mu'allim Mohd Bakri. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Abstract

Sebuah kisah tauladan mengenai anak derhaka telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Kisah yang selalu diceritakan adalah mengenai layanan buruk'Alqamah terhadap ibunya yang berlaku di zaman Rasulullah SAW. Kisah ini menyatakan bahawa, 'Alqamah telah ditimpa sakit yang amat teruk dan tidak dapat mengucap ketika hampir saat kematiannya. Walaupun, para sahabat Rasulullah SAW telah mengajarnya berkali-kali untuk mengucap namun dia masih gagal mengucap. Sehinggakan Rasulullah terpaksa memanggil ibu Alqamah untuk bertanyakan mengenai perkara sebenaryang berlaku. lbu'Alqamah telah menerangkan kepada Rasulullah SAW bahawa dia marah kepada anaknya kerana anaknya lebih mengutamakan isteri lebih daripada dirinya sendiri sebagai ibu kandung'Alqamah. Pengajaran yang boleh didapati daripada kisah ini adalah walaupun'Alqamah merupakan seorang yang sangat taat dan kuat ibadatnya kepada Allah SWT, rajin bersolat, berpuasa dan bersedekah tetapi disebabkan kemarahan ibunya, Allah SWT telah mengkelukan lidahnya jntuk mengucapkan kalimah syahadah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 63623.pdf]
Text
63623.pdf
Download (832kB)
Indexing & Metrics