Konsep keselamatan rumah kediaman menurut kaedah fiqh / Zahari Mahad Musa

Musa, Zahari Mahad (2016) Konsep keselamatan rumah kediaman menurut kaedah fiqh / Zahari Mahad Musa. Journal of Contemporary Islamic Studies, 2 (2): 9. pp. 125-140. ISSN 2289-9634

Abstract

Rumah adalah sebahagian persekitaran dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pembangunan insan. Pembinaan dan kesejahteraan kehidupan insan
bermula dengan kediaman yang baik dan berkualiti. Ini kerana, rumah bukan sekadar ruang fizikal, malah ia menjadi tempat bermulanya interaksi sosial dan
pembinaan komuniti yang sejahtera. Islam telah menetapkan garis panduan yang terperinci berkaitan rumah kediaman yang berkualiti. Malah rumah menjadi
sebahagian aras piawaian kebahagian dalam kehidupan. Kajian ini bertujuan membincangkan salah satu aspek penting dalam sesebuah rumah kediaman iaitu aspek keselamatan. Fokus keselamatan berkaitan rumah kediaman akan ditumpukan kepada analisis data yang melibatkan kaedah-kaedah fiqh utama
yang diambil berdasarkan nas-nas syarak atau huraian ulama berkaitan isu rumah kediaman. Tiga komponen kaedah fiqh yang menggariskan aspek keselamatan rumah kediaman ialah kaedah fiqh yang berkaitan konsep maslahah, dharar dan adat setempat. Selain daripada itu, aspek keselamatan rumah kediaman dalam Islam melibatkan keselamatan fizikal dan keselamatan bukan fizikal bagi mengatur kualiti kehidupan. Penelitian terhadap beberapa kaedah fiqh terpilih menunjukkan bahawa pembinaan sesebuah rumah kediaman menurut Islam mestilah dalam keadaan selamat untuk dihuni demi kelangsungan hidup bagi memelihara maqasid syariah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Musa, Zahari Mahad
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and state
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology
T Technology > TH Building construction > Protection of buildings. Including protection from dampness, fire, burglary
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
Journal or Publication Title: Journal of Contemporary Islamic Studies
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: 2289-9634
Volume: 2
Number: 2
Page Range: pp. 125-140
Keywords: Islam, kaedah fiqh, keselamatan, rumah kediaman
Date: December 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63538
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63538.pdf] Text
63538.pdf

Download (340kB)

ID Number

63538

Indexing

Statistic

Statistic details