Laporan Tahunan 2025 Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang

Ja'afar, Rosnita (2025) Laporan Tahunan 2025 Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang. Annual Report. Perpustakaan Al-Bukhari (PAB), Jengka, Pahang.
Abstract

Tahun 2025 menyaksikan pelbagai cabaran dan transformasi dalam perkhidmatan perpustakaan. Antara pencapaian terpenting ialah pelaksanaan sistem PERMATA, iaitu pencarian data berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) yang membolehkan pengguna mendapatkan maklumat dengan lebih pantas, tepat dan mesra pengguna. Inovasi dari pihak PRAR Shah Alam ini sejajar dengan usaha pendigitalan perpustakaan yang memperluas akses kepada sumber maklumat elektronik, penyelidikan serta repositori institusi. Sistem PERMATA PTAR ini adalah Portal Repositori & Sistem Pengurusan Bahan Ilmiah milik Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM. Ia merupakan platform dalam talian yang menguruskan pelbagai sumber maklumat dan perkhidmatan perpustakaan UiTM.

Selain itu, perpustakaan turut memperkukuh kolaborasi bersama masyarakat melalui pelbagai program literasi maklumat, inisiatif pembelajaran sepanjang hayat, dan kerjasama dengan agensi tempatan serta institusi pendidikan. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan tahap celik maklumat masyarakat, malah menjadikan perpustakaan sebagai pusat komuniti yang inklusif dan dinamik.

Dengan adanya teknologi AI dan jaringan kolaborasi yang luas, perpustakaan kini berperanan bukan sahaja sebagai penyedia sumber fizikal dan digital, malah sebagai pusat sokongan ilmu yang interaktif, proaktif dan berorientasikan komuniti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of LTahunan Pahang 2025.pdf]
Text
LTahunan Pahang 2025.pdf - Published Version
Download (10MB)
Indexing & Metrics