Perbezaan pembangunan diantara kampung (kiri dan kanan) dalam Mukim Lambor dan corak kepimpinan di dalam kampung / Fadzil Mohd. Lazim dan Badul @ Badrul Hisham Sofian

Mohd. Lazim, Fadzil and Sofian, Badul @ Badrul Hisham (1999) Perbezaan pembangunan diantara kampung (kiri dan kanan) dalam Mukim Lambor dan corak kepimpinan di dalam kampung / Fadzil Mohd. Lazim dan Badul @ Badrul Hisham Sofian. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Pembangunan negara, walau dalam apa bidang sekalipun menghendaki pengembelengan tenaga dan usaha diantara pihak kerajaan dan rakyat. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat diberi mandat untuk memimpin, merancang dan mengadakan dasar-dasar untuk memajukan negara berkehendakkan kerjasama dan tindakan masyarakat secara menyeluruh. Manakala masyarakat pula memerlukan bimbingan, sokongan dan peluang-peluang dalam usaha mereka untuk membangun. Atas dasar inilah kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (IKKK) yang merupakan badan penghubung diantara rakyat dengan kerajaan, serta merupakan NADI dan TERAS kepada pembangunan negara khususnya di kawasan luar bandar. Penghulu sebagai ketua pentadbir diperingkat mukim hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan masyarakat di dalam mukimnya. Sebagai pemimpin masyarakat penghulu berperanan menarik perhatian didalam kerja-kerja pembangunan khususnya dalam usaha menyalurkan pembangunan secara seimbang. Penghulu seharusnya mendapatkan penyertaan rakyat kerana telah diakui kini penyertaan rakyat didalam perlaksanaan tugas pembangunan amat diperlukan. Ini bertepatan dengan salah satu bidang tugas JKKK yang digariskan iaitu menentukan rancangan-rancangan pembangunan masyarakat yang hendak dilaksanakan didalam kampung dan memilih projek mana yang hendak didahului dan projek mana yang boleh dikemudiankan. Tanpa penyertaan yang giat dari semua pihak yang berkepentingan, dikhuatiri akan memberikan tanggapan yang negatif masyarakat kampung kepada pemimpin mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengupas peranan yang dimainkan oleh Penghulu Mukim dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd. Lazim, Fadzil
UNSPECIFIED
Sofian, Badul @ Badrul Hisham
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Harun, Mohd. Fauzi
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Villages
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak
Programme: Diploma Pentadbiran Awam
Keywords: Perkembangan masyarakat, kawasan luar bandar, peranan Penghulu Mukim dan JKKK
Date: 1999
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63057
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63057.pdf] Text
63057.pdf

Download (159kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

63057

Indexing

Statistic

Statistic details