Sejauh mana perlaksanaan program pendidikan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan di sekolah-sekolah bagi mengatasi masalah keracunan makanan selaras dengan kempen kebersihan dalam meningkatkan tahap kebersihan pelajar-pelajar di negeri Perak / Mohd. Fakhrurazi Yahya, Suhaimi Abdul Rahim dan Jamaludin Mat Noh

Yahya, Mohd. Fakhrurazi and Abdul Rahim, Suhaimi and Mat Noh, Jamaludin (2000) Sejauh mana perlaksanaan program pendidikan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan di sekolah-sekolah bagi mengatasi masalah keracunan makanan selaras dengan kempen kebersihan dalam meningkatkan tahap kebersihan pelajar-pelajar di negeri Perak / Mohd. Fakhrurazi Yahya, Suhaimi Abdul Rahim dan Jamaludin Mat Noh. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Memang tidak dapat dinafikan bahawa bidang kesihatan awam banyak memberikan sumbangan yang bermakna bagi mempertingkatkan status kesihatan rakyat Malaysia. Program pendidikan Kesihatan yang merupakan salah satu daripada bidang kesihatan awam sedikit sebanyak telah dapat mempengaruhi tingkahlaku serta taraf kesihatan komuniti dan dapat memahami segala bentuk keperluan kumpulan sasar. Kajian luar yang telah dibuat merangkumi pelbagai perkara iaitu proses menyebut kenyataan masalah, pemilihan tingkahlaku serta faktor-faktor yang mempengaruhi tingkahlaku dan seterusnya menjalankan diagnosis pendidikan sehingga membuat pelan perancangan pendidikan kesihatan serta pelan perlaksanaan dan akhirnya penilaian projek akan dilakukan. Hasil daripada proses perancangan, perlaksanaan dan penilaian akan mewujudkan satu rangkaian sistem penyelidikan yang bersistematik yang membolehkan kita menyusuri permasalahan sehingga membolehkan Jabatan Kesihatan membuat intervensi yang sebenar dan tidak lari daripada objektif sebenar sesuatu program itu dijalankan. Pendedahan kepada proses melakukan kepada program pendidikan kesihatan ini yang bermula daripada proses awal iaitu diagnosis komuniti sehingga penilaian projek pendidikan kesihatan telah memberi ruang kepada peluang-peluang kerjasama di antara Jabatan Kesihatan dengan pihak sekolah serta sehingga terhasilnya pelbagai aktiviti yang diharap akan mengubah tingkahlaku yang telah dipilih. Adalah diharapkan selepas daripada program pendidikan kesihatan yang dirancang dan aktiviti yang telah dilaksanakan itu akan berupaya untuk mengubah segala tingkahlaku, persepsi atau pengetahuan yang negatif kepada sesuatu yang lebih positif lagi. Segala program yang diatur ini adalah berdasarkan kepada penemuan yang diperolehi hasil daripada diagnosis pendidikan dan dirancang sejajar dengan objektif asal iaitu untuk mengubah tingkahlaku negatif terhadap tingkahlaku yang terpilih dan akan melakukan intervensi kepada kumpulan sasar supaya dapat membuat perubahan dan melakukan perkara yang positif.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yahya, Mohd. Fakhrurazi
95870136
Abdul Rahim, Suhaimi
96042960
Mat Noh, Jamaludin
95872887
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Harun, Mohd Fauzi
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Community colleges
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak
Programme: Diploma Pentadbiran Awam
Keywords: Program pendidikan kesihatan, wabak keracunan makanan, diagnosis punca jangkitan
Date: 2000
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63032
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63032.pdf] Text
63032.pdf

Download (170kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

63032

Indexing

Statistic

Statistic details