Program pembangunan semula masyarakat orang asli Kampung Redang Punggor mukim Labu Kubung, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan / Ahmad Naim Safian

Safian, Ahmad Naim (1998) Program pembangunan semula masyarakat orang asli Kampung Redang Punggor mukim Labu Kubung, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan / Ahmad Naim Safian. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian Pembangunan Masyarakat Orang Asli ini dilakukan adalah diatas inisiatif sendiri yang bertujuan untuk mengimbas kembali gambaran tentang sejarah budaya masyarakat orang asli Semai pada masa lampau hingga kini. Masyarakat ini telah merubah identiti dan kehidupan tradisi mereka setelah diberi pendedahan serta dipengaruhi oleh kehidupan masyarakat luar yang berlainan budaya dan adat resam. Tumpuan kajian ini dibuat khusus dikampung orang asli Redang Punggor iaitu sebuah kawasan penempatan baru masyarakat orang asli Semai yang dibawah tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Masyarakat Semai adalah kumpulan masyarakat orang asli dari golungan 'Senoi' yang bertutur dalam bahasa Autro-Asiatic. Mereka mengelarkan diri mereka sebagai 'Senoi Serok' yang bermakna 'Senoi' - orang, manakala 'Serok' - bermaksud dalaman (Iskandar Carey 1975) Tetapi gelaran itu tidak begitu dikenali ramai dan jarang digunakan oleh para pengkaji yang mengkaji masyarakat ini. Tambahan pula masyarakat ini lebih senang dikenali sebagai masyarakat Semai kerana telah dikenali ramai dan diterima oleh masyarakat semua, sungguhpun maksud Semai ini tidak diketahui maknanya oleh mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 62868.pdf]
Text
62868.pdf
Download (136kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
Processing
Indexing & Metrics