Perbandingan antara sistem perbankan Islam dan sistem konvensional: kajian kes-Bank Muamalat Taiping / Mustaffa Kamal Abd. Rahim ... [et al.]

Abd. Rahim, Mustaffa Kamal and Razali, Shahrul Nizam and Yahya, Abdul Razak and Anen, Abdul Halim Perbandingan antara sistem perbankan Islam dan sistem konvensional: kajian kes-Bank Muamalat Taiping / Mustaffa Kamal Abd. Rahim ... [et al.]. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti apakah perbezaan amalan yang wujud di antara Bank Muamalat dan bank-bank perdagangan di Taiping. Kajian ini dibahagikan kepada dua aspek. Aspek pertama merupakan perbandingan dari segi akta operasi bank bagi Bank Muamalat dan bank perdagangan. Aspek kedua merangkumi urusan pembayaran untung dan faedah - hubungan bank dengan penyimpan dan pelabur serta perkhidmatan-perkhidmatan urusan bank yang disediakan seperti akaun simpanan, pembiayaan, pinjaman dan sebagainya. Penganalisaan ke atas akta operasi bank adalah berdasarkan kepada pemerhatian ke atas laporan-laporan buletin bank, laporan tahunan dan sumber-sumber rujukan yang lain yang berkaitan. Bagi aspek kedua, penganalisaan dilakukan berdasarkan kepada pengiraan mudah ke atas akaun untung dan rugi, pembayaran dividen, diskaun dan dikaitkan dengan kepentingan kepada penyimpan, pelabur dan masyarakat keseluruhannya.Walaubagaimanapun kajian ini bukanlah benar-benar lengkap. Kajian ini hanyalah berdasarkan kepada pemerhatian ke atas laporan tahunan, aktiviti bank dan dikaitkan hubungkan aktiviti tersebut dari pandangan islam menerusi Al-Quran dan Hadis. Semoga dengan adanya kajian ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan keraguan masyarakat Islam ke atas sistem yang diamalkan sekarang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 62705.pdf]
Text
62705.pdf
Download (133kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
Processing
Indexing & Metrics