Cadangan merekabentuk galeri perfileman Melayu Malaysia di No 1, Jalan Tunku Putra, Changkat Tunku, Kuala Lumpur / Nazratul Waheeda Nadzri

Nadzri, Nazratul Waheeda (2005) Cadangan merekabentuk galeri perfileman Melayu Malaysia di No 1, Jalan Tunku Putra, Changkat Tunku, Kuala Lumpur / Nazratul Waheeda Nadzri. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Konsep merupakan perkara penting dalam menghasilkan sesuatu rekabentuk. Secara amnya, kita merekabentuk sesuatu dengan berpandukan konsep yang ingin dilakukan. Selain daripada itu, rekaan juga biasanya mengandungi elemen-elemen yang berpandukan daripada konsep yang kita tentukan. Berdasarkan konsep dan elemen yang dihasilkan, maka terbentuklah sebuah rekaan yang menarik dan mempunyai nilai estetiknya yang tersendiri. Namun bagitu, penggunaan dan fungsinya tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Rekabentuk mestilah berpandukan kepada keperluan dan kehendak manusia dalam sesuatu ruang yang ingin diteroka. Kesemua perkara ini berkesinambungan di antara satu sama lain untuk menghasilkan produk akhir yang menarik. Imej dan rekaan yang ditonjolkan perlulah mempunyai perkaitan di antara satu sama lain supaya rekabentuk yang ingin disampaikan itu tidak lari daripada konsep yang ingin ditonjolkan. Galeri adalah sebuah tempat di mana sesuatu benda yang berharga dipamerkan di sini. Gabungan konsep, elemen dan imej yang menarik di samping mementingkan fungsi serta ruang untuk pengunjung akan membentuk sebuah rekabentuk menarik dan nilai keistimewaan barang yang ingin dipamerkan akan menjadi lebih tinggi dan berharga.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 62702.pdf]
Text
62702.pdf
Download (144kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
Processing
Indexing & Metrics