Sifat magnet komposit ferit (Li0.5Fe0.5)0.4Ni0.3Zn0.3Fe2O4 – termoplastik getah asli / Siti Atkah Abdul Hamid and Abdul Aziz Mansor

Abdul Hamid, Siti Atkah and Mansor, Abdul Aziz (2001) Sifat magnet komposit ferit (Li0.5Fe0.5)0.4Ni0.3Zn0.3Fe2O4 – termoplastik getah asli / Siti Atkah Abdul Hamid and Abdul Aziz Mansor. GADING Jurnal UiTM Cawangan Pahang, 6 (1 & 2): 8. pp. 83-95. ISSN 0128-5599
Abstract

Ferit Lithium-nikel-Link (LNZ) dengan formula molekul (Li0.5Fe0.5)0.4Ni0.3Zn0.3Fe2O4 disediakan melalui kaedah keadaan pepejal di dalam udara. Termoplastik getah asli (TPNR) disediakan dengan kaedah adunan lebur gelah asli (NR) dan polipropilena (PP) dengan getah asli cecair (LNR) sebagai pengserasi menggunakan mesin pengadunan dalaman Brabender. Komposit yang terdiri daripada matriks PP70/NR30 berpengisi dari 5 hingga 30 peratus berat ferit LNZ diadunkan dengan kaedah adunan lebur menggunakan mesin pengadunan dalaman Brabender. Kesan oleh kandungan pengisi LNZ ke alas matriks PP/NR terhadap sifat magnet dikaji dengan menggunakan Magnetometer sampel bergetar (VSM). Pemagnetan tepu (Ms), pemagnetan baki (MR). kerentanan magnet (X1). kebolehtelapan awal (µ) dan daya koersif (Hc) bertambah, manakala medan magnet tepu (Hs) berkurang dengan peningkatan kandungan pengisi ferit LNZ dalam julat 5 - 30 peratus berat bagi komposit PP70/NR30/LNZ.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 62575.PDF]
Text
62575.PDF
Download (3MB)
Indexing & Metrics