Laporan kajian cadangan merekabentuk ruang Pejabat Majlis Kanser National (MAKNA) di Lot 38503, No.140 Jalan Ma'arof, Taman Bandaraya 59100 Kuala Lumpur / Nor Masitah Zainal Abidin

Zainal Abidin, Nor Masitah (2009) Laporan kajian cadangan merekabentuk ruang Pejabat Majlis Kanser National (MAKNA) di Lot 38503, No.140 Jalan Ma'arof, Taman Bandaraya 59100 Kuala Lumpur / Nor Masitah Zainal Abidin. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Projek akhir untuk para pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah merekabentuk hiasan dalaman pejabat Majlis Kanser National (MAKNA) yang terletak di Lot 38503, No.140 Jalan Ma'arof, Taman Bandaraya 59100 Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Objektif utama projek ini adalah untuk memberikan satu cadangan skim rekabentuk yang baru bagi pejabat Majlis Kanser National (MAKNA) disamping memberikan suasana yang praktikal, sistematik, dan berfungsi kepada pengunjung dan pekerja serta servis yang berkualiti. Imej dan konsep yang dipilih sesuai dengan pihak MAKNA malah mampu memberikan kesan positif serta meningkatkan kepercayaan pengunjung dan pekerja yang berurusan serta konsep yang diaplikasikan dalam ruang pejabat ini menonjolkan lagi nilai estetika pejabat tersebut. Beberapa penyelidikan telah di jalankan bagi menjayakan projek akhir restoran ini, antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian , kajian kes dan kajian soal selidik. Kesemua kajian - kajian tersebut adalah bertujuan mengenal pasti kelemahan - kelemahan yang ada dan juga untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul. Kajian - kajian yang telah dijalankan ini akan diterapkan di dalam proses reka bentuk, dengan tujuan mendapatkan satu reka bentuk yang menarik dan sesuai dengan imej korporat Majlis Kanser National (MAKNA) samada dari segi fungsi dan nilai estetikanya. Konsep yang saya terapkan di sini adalah 'Awareness'. Sebagai cabaran, saya akan cuba yang terbaik untuk melahirkan idea-idea untuk merekabentuk hiasan dalaman pejabat Majlis Kanser National (MAKNA) agar ia menjadi salah satu ikon dan tarikan bagi mendekatkan lagi masyarakat berkenaan kanser.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 62536.pdf]
Text
62536.pdf
Download (178kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
Processing
Indexing & Metrics