Laporan cadangan merekabentuk pusat kraf wau di Muara Sungai Dinding, Lumut, Perak untuk Tetuan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan / Noor Eliana Hussin

Hussin, Noor Eliana (2005) Laporan cadangan merekabentuk pusat kraf wau di Muara Sungai Dinding, Lumut, Perak untuk Tetuan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan / Noor Eliana Hussin. [Student Project]
Abstract

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 62512.pdf]
Text
62512.pdf
Download (157kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
Processing
Indexing & Metrics