Cadangan merekabentuk ruang dalaman Galeri Seni Borneo di Jalan Tunku Abd Rahman 93500, Kuching, Sarawak / Andy Johan Marzuki

Marzuki, Andy Johan (2005) Cadangan merekabentuk ruang dalaman Galeri Seni Borneo di Jalan Tunku Abd Rahman 93500, Kuching, Sarawak / Andy Johan Marzuki. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Projek akhir Rekabentuk Dalaman diperingkat diploma adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek proses rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Produk pilihan untuk projek ini adalah Galeri Seni Borneo di Jalan Tunku Abd Rahman, 93500 Kuching Sarawak. Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan tarikan pelancongan secara menyeluruh di Borneo. Tujuan utama pengkajian ini adalah untuk memberi pendekatan baru kepada para artisan-artisan muda untuk menjadi pelapis dalam usaha memperkukuhkan seni-seni yang bergiat lama di Borneo. Dengan adanya pendekatan baru ini, ia dapat membuka mata pelancong asing dengan bakat-bakat yang terpendam lama di kalangan masyarakat Borneo. Kaedah pengkajian yang dijalankan terhadap projek ini berdasarkan pemerhatian terhadap pusat seni lukis di negeri lain dan dapat melakukan sebarang pembaharuan bagi kemudahan dan keselesaan para pengguna. Perkembangan semesa Borneo menyaksikan kecenderungan perekabentuk-perekabentuk mengambil bentuk-bentuk tertentu (terutamanya objek tradisional) untuk dijadikan metafora yang digunakan itu selalunya kurang menonjol dan mendapt perhatian di kalangan pelancong.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 62510.pdf]
Text
62510.pdf
Download (149kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
Processing
Indexing & Metrics