Kajian kelakuan tidak sosial dan sosial lotong cengkung (trachypithecus obscura) di lapangan di Zoo Melaka / M. Muzamil …[et al.]

M., Muzamil and Z.Z., Zainuddin and H., Sarina and M.N., Ramlan (2001) Kajian kelakuan tidak sosial dan sosial lotong cengkung (trachypithecus obscura) di lapangan di Zoo Melaka / M. Muzamil …[et al.]. GADING Jurnal UiTM Cawangan Pahang, 6 (1 & 2): 5. pp. 51-66. ISSN 0128-5599

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membezakan kelakuan sosial dan tidak sosial dalam kumpulan Primat liar (Trachypithecus obscura) di Zoo Melaka yang tidak terhabituasi kepada manusia. Kajian dilakukan selama 06 hari dengan masa persampelan selama 02 jam/hari. Persampelan dilakukan bermula jam 0700 hingga 0900; 1 jam pertama dengan kaedah persampelan ad libitum dan 1 jam kedua dengan persampelan imbasan. Parameter kelakuan tidak sosial ialah berehat, makan, bergayut, memanjat, melompat, berjalan, menggaru dan berbunyi manakala bagi kelakuan sosial pula ialah berdandan, bermain, berehat, berpeluk, bergaduh, membawa anak, makan dan berkejaran. Hasil yang diperolehi, kelakuan tidak sosial sebanyak 59.4% manakala kelakuan sosial 40.6%. Dari ujian T (t = 13.43), didapati kelakuan tidak sosial dan sosial adalah berbeza secara signifikan iaitu wujud perbezaan bererti antara kedua-duanya. Analisis korelasi menunjukkan terdapat perhubungan bererti yang positif (r = + 0.82) iaitu apabila kelakuan tidak sosial meningkat, kelakuan sosial juga turut meningkat dan sebaliknya.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
M., Muzamil
UNSPECIFIED
Z.Z., Zainuddin
UNSPECIFIED
H., Sarina
UNSPECIFIED
M.N., Ramlan
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QL Zoology > Animal behavior
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: GADING Jurnal UiTM Cawangan Pahang
UiTM Journal Collections: Others > GADING
ISSN: 0128-5599
Volume: 6
Number: 1 & 2
Page Range: pp. 51-66
Keywords: Kelakuan tidak sosial, kelakuan sosial, Trachypithecus obscura, lotong cengkung, di lapangan, Zoo Melaka
Date: 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62390
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 62390.PDF] Text
62390.PDF

Download (4MB)

ID Number

62390

Indexing

Statistic

Statistic details