Rekabentuk kereta roda keselamatan untuk kanak-kanak kecil / Mohamad Rafe Mohd Soud and Hishamuddin Saru

Mohd Soud, Mohamad Rafe and Saru, Hishamuddin Rekabentuk kereta roda keselamatan untuk kanak-kanak kecil / Mohamad Rafe Mohd Soud and Hishamuddin Saru. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Pada suatu ketika dahulu para penjaga menghadapi kesukaran di dalam melatih kanak-kanak mereka berjalan. Ibubapa menggunakan tiang bagi tujuan tersebut. Dengan itu satu alat telah direka cipta bagi memudahkan tugas ibubapa dan kesenangan kepada kanak-kanak tersebut. Kereta roda telah direkabentuk untuk memberi kemudahan bagi kanak-kanak melatih diri mereka berjalan tanpa penjagaan sepenuhnya dari ibubapa. Namun begitu, pada awal alat ini direkacipta, banyak kelemahan yang ketara boleh diperhatikan. Kelemahan ini wujud dalam bentuk kekuatan dan keselamatan. Ini menyebabkan para penjaga bimbang akan keselamatan kanak-kanak mereka disebabkan bentuk kereta roda masa awalnya tidak begitu mementingkan ciri keselamatan. Kereta roda itu mudah terbalik dan memberi kecederaan pada kanak-kanak. Kanak-kanak pada peringkat seperti ini masih tidak mengetahuhi buruk baik sesuatu pekerjaan yang dilakukannya. Oleh itu berbagai perkara boleh berlaku. Oleh itu maka timbullah satu cadangan yang lebih bernas untuk mereka bentuk alat yang lebih menarik dan berciri keselamatan. Dengan ini keselamatan kanak-kanak akan lebih terjamin dan para penjaga merasa yakin tentang keselamatan kanak-kanak mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 62379.pdf]
Text
62379.pdf
Download (129kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics