Hubungan konduktiviti oleh Eddy Current dengan logam yang telah dirawatan haba / Mohd Affendi Yahya, Zulkifli Mat Daud and Mohd Yusaini Yaacob

Yahya, Mohd Affendi and Mat Daud, Zulkifli and Yaacob, Mohd Yusaini (1995) Hubungan konduktiviti oleh Eddy Current dengan logam yang telah dirawatan haba / Mohd Affendi Yahya, Zulkifli Mat Daud and Mohd Yusaini Yaacob. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Di Malaysia perkembangan industri terutama industri perkilangan dan pembuatan adalah pesat dalam menuju era sebuah negara perindustrian. Suatu bahan atau produk yang dihasilkan perlulah berkualiti dan selamat untuk digunakan. Di dalam menjaga kualiti dan keselamatan sesuatu barangan atau produk , berbagai cara dan kaedah dibuat untuk menjamin kualiti produk tersebut adalah ditahap yang paling optimum. Bagi menjaga dan mengesan sesuatu kualiti bahan pelbagai alat telah dicipta bagi mencapai tujuan tersebut terutama dalam sektor perindustrian berasaskan logam. Antara alatan - alatan yang digunakan untuk mengawal kualiti ( Quality Control) bahan ialah Radiografi, Ultrasonik, penusukan, Eddy Current dan lain-lain lagi. Dalam projek kami, kami telah memilih kaedah " Eddy Current ". Kami memilih kaedah berkenaan kerana ia adalah kaedah terbaru dan paling canggih berbanding dengan kaedah lain. Sepertimana yang diketahui, mesin Eddy Current adalah sejenis alat yang digunakan untuk mengesan sebarang kecacatan yang terdapat pada sebarang objek yang bersifat konduktor. Sebenarnya eddy current juga boleh
digunakan dalam mengesan konduktiviti sesuatu logam, kecacatan seperti rekahan, retakan samada dipermukaan bahan atau dibawah permukaan bahan tersebut dan sebagainya. Di dalam projek kami ini kami hanya akan menumpukan kepada beberapa perkara sahaja iaitu konduktiviti, rekahan ( crack) dan ketebalan (thickness).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 62350.pdf]
Text
62350.pdf
Download (140kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics