Cadangan reka bentuk dalaman "Malaysian Songket Heritage Centre" di alamat Seksyen 63 Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur / Marliah Ramli

Ramli, Marliah (2005) Cadangan reka bentuk dalaman "Malaysian Songket Heritage Centre" di alamat Seksyen 63 Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur / Marliah Ramli. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Bangsa Melayu mempunyai banyak kepandaian terutamanya dalam bidang kesenian seperti dalam bidang seni kraftangan. Seni-seni kraftangan tersebut termasuklah seni menenun, mencanting dan membatik yang merupakan aset warisan Melayu yang tidak temilai harganya. Pada era mungkin ramai yang mengenali batik songket atau fabrik lain sebagai pakaian, tetapi tidak mengetahui dengan lebih mendalam tentang seni pembuatannya, pemilihan motif dan coraknya. Keadaan ini telah mendorong Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia untuk mempergiatkan lagi usaha bagi menarik minat masyarakat terutamanya bagi golongan muda. Usaha ini adalah bagi memastikan masyarakat lebih menghargai dan meminati seni tekstil ini, bukan hanya sekadar pakaian tetapi sebagai seni warisan yang harus dikekalkan dan sangat tinggi nilainya. Selain itu juga seni ini boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan dan sebagai satu usaha yang boleh dikembangkan untuk meningkatkan ekonomi negara. Songket merupakan satu seni tekstil yang begitu unik dan harus dikekalkan nilai keseniannya. Memandangkan sekarang ini Perbadanan kemajuan Kraftangan Malaysia tidak mempunyai tempat yang khusus bagi seni tekstil, maka sebuah pusat bagi menempatkan seni tekstil songket khususnya amat diperiukan. 'Malaysian Songket Heritage Centre' merupakan sebuah pusat bagi memperkenalkan dan mempromosikan warisan songket Malaysia kepada masyarakat setempat mahupun masyarakat asing. Tujuan kajian akhir ini adalah bagi menganalisa dan memberi gambaran secara lebih terperinci pada projek tahun akhir Diploma Rekabentuk Dalaman iaitu merupakan sebuah pusat bagi mempromosi dan memperkenalkan warisan songket Malaysia. Oleh yang demikian rekaan sesebuah ruang dalaman itu amat perlu bagi memastikan ianya menepati keperluan sebuah pusat songket selain daripada memenuhi keperluan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Analisa tapak juga turut dijalankan bagi mengenalpasti tapak yang berpotensi dan strategik bagi sesebuah pusat songket. Kajian tapak banyak mempengaruhi rekabentuk dalaman sesebuah ruang mengikut konsep dan imej yang ingin ditonjolkan. Dengan adanya laporan kajian akhir ini, penyampaian maksud dan kehendak projek akhir ini akan menjadi lebih jelas, teratur dan lebih mudah difahami khususnya bagi projek rekabentuk dalaman' Malaysian Songket Heritage Centre'.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ramli, Marliah
2001329156
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Ahmad, Azizul Azli
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Programme: Diploma Rekabentuk Dalaman
Keywords: Batik songket, bidang seni kraftangan, seni warisan
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62270
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 62270.pdf] Text
62270.pdf

Download (141kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

62270

Indexing

Statistic

Statistic details