Cadangan merekabentuk hiasan dalaman restoran Geng's Corner di No.103A, Jalan Diplomatik Presint Diplomatik, Presint 15, Putrajaya 62050, Selangor Darul Ehsan / Anis Laila Adam

Adam, Anis Laila (2009) Cadangan merekabentuk hiasan dalaman restoran Geng's Corner di No.103A, Jalan Diplomatik Presint Diplomatik, Presint 15, Putrajaya 62050, Selangor Darul Ehsan / Anis Laila Adam. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Projek akhir untuk para pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman adalah merupakan satu tugasan yang mempunyai misi bagi mengkaji sejauh mana kefahaman pelajar tentang aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hinggalah ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek individu yang telah dipilih ialah projek merekabentuk hiasan dalaman restoran dan catering Geng's Corner yang terletak di No. 2, Jalan Boling Padang G 13/G, Seksyen 13 Shah Alam, Selangor. Restoran yang dicadangkan ini adalah sebuah restoran hak milik syarikat produksi animasi tempatan yang bernama Les' Copaque Production Sdn Bhd iaitu syarikat yang menghasilkan filem pendek,iklan dan filem animasi. Restoran ini juga merupakan restoran yang pertama dibuka oleh syarikat ini dimana restoran ini menawarkan menu-menu tempatan yang terdiri daripada masakan kampung. Sehubungan dengan itu, stail rekabentuk yang dipilih ialah Modern Nature yang membawa maksud gaya moden yang menampilkan penggunaan semulajadi. Gaya ini banyak menampilkan warna semulajadi. Bagaimanapun sebelum mendapatkan hasil rekabentuk yang sesuai untuk restoran sebegini, beberapa kajian perlu dilakukan dimana kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis kajian dan sasaran pengguna di restoran ini. Antara kajian yang dilakukan termasuk kajian pemilihan tapak, temuramah, pemerhatian, kajian kes dan soal selidik. Kajian-kajian dan proses pengumpulan data akan diterapkan didalam proses merekabentuk agar tercapai objektif dimana ianya bermatlamatkan rekabentuk ruang yang selesa dan menarik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 62254.pdf]
Text
62254.pdf
Download (772kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics