Cadangan mereka bentuk dalaman Restoran dan Kelab Penyokong HijauKuning.com (HKC) di No.103, 104 & 105 Jalan Lagenda 1, Lagenda Height 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman / Khairul Amizan Fizzi Manan

Manan, Khairul Amizan Fizzi (2008) Cadangan mereka bentuk dalaman Restoran dan Kelab Penyokong HijauKuning.com (HKC) di No.103, 104 & 105 Jalan Lagenda 1, Lagenda Height 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman / Khairul Amizan Fizzi Manan. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek yang dipilih bagi melengkapkan subjek pada semester akhir ini ialah Cadangan Merekabentuk Ruang Dalaman Restoran Dan Kelab Penyokong Bolasepak Negeri Kedah Darul Aman (HKC) di atas lot 'corner" di alamat bernombor No 103,104 dan 105 Jalan Lagenda 1, Lagenda Heigh 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman. Untuk Tetuan Kelab Penyokong Bolasepak Negeri Kedah Darul Aman (HKC). Sebelum menjalankan kajian ini, pelbagai prosedur perlu dilalui mengikut fasa-fasa tertentu. Pelbagai faktor dan perkara penting telah diambil kira terutama dari sudut ruang dalaman serta kawasan luar tapak. Aktiviti mengenalpasti masalah yang wujud dilakukan terlebih dahulu sebelum proses yang seterusnya dijalankan. Ini adalah penting bagi mengelakan berlakunya masalah yang sama pada masa hadapan dan supaya projek akhir ini boleh berjalan dengan lancar dan berkesan. Kajian bermula daripada peringkat perkara asas hinggalah halus yang perlu diteliti. Kajian mengenai kelab-kelab lain yang sedia ada di seluruh dunia juga dilakukan bagi membuat perbandingan yang perlu. Selain daripada kelab kajian turut dilakukan pada restoran dan kafe untuk mendapatkan maklumat merekabentuk ruang dapur dan restoran. Sehubungan dengan itu, proses pengumpulan data akan diterapkan supaya proses rekabentuk yang berjaya dan menarik dapat dihasilkan disamping dapat menonjolkan imej dan elemen-elemen yang hendak disampaikan. Justeru itu, perancangan yang teliti dan teratur telah dibuat sebelum proses merekabentuk dilakukan. Kepentingan pengguna khususnya ahli kelab dan pelanggan adalah diutamakan dalam merekabentuk restoran dan kelab ini. Oleh demikan, satu ruang restoran yang mempunyai imej dan elemen yang tersendiri harus direka bagi memberi impak yang positif terutama dari segi psikologi. la menjurus kepada satu ruang yang menaikan semangat dan menampakkan ciri-ciri semangat membara pasukan bolasepak negeri Kedah khususnya.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Manan, Khairul Amizan Fizzi
2005486660
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd. Rahaman, Nur Adilla
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Rekabentuk Dalaman
Keywords: Merekabentuk restoran dan kelab, menonjolkan imej menarik, ciri-ciri semangat membara pasukan
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62242
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 62242.pdf] Text
62242.pdf

Download (168kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

62242

Indexing

Statistic

Statistic details