Laporan Tahunan 2025 Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Sarawak

Abdullah, Nur Afeqah (2025) Laporan Tahunan 2025 Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Sarawak. Annual Report. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak.
Abstract

Laporan ini menjadi bukti komitmen berterusan PTAR dalam menyediakan perkhidmatan maklumat yang relevan dan berkualiti kepada warga universiti serta pihak berkepentingan. Ia juga menjadi medium rujukan penting yang mendokumentasikan pencapaian, inisiatif serta penglibatan PTAR dalam pelbagai program sepanjang tahun.

PTAR kekal komited menyokong pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDG), di samping menjayakan Projek Khas Rektor yang selari dengan aspirasi universiti. Perpustakaan juga terus mengukuhkan kerjasama strategik bersama Bahagian Penyelidikan, Jaringan dan Industri UiTM Cawangan Sarawak dalam memperluas jaringan ilmu dan pemindahan pengetahuan secara lebih menyeluruh.

Selaras dengan peranannya sebagai pusat ilmu yang inklusif, PTAR turut mempergiat pelaksanaan program berbentuk komuniti bagi memperkukuh keterlibatan sosial serta memperluas manfaat ilmu kepada masyarakat setempat. Ini termasuk program literasi maklumat, promosi budaya membaca serta pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang menyokong pembangunan komuniti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of LTahunan Sarawak 2025.pdf]
Text
LTahunan Sarawak 2025.pdf - Published Version
Download (15MB)
Indexing & Metrics