Perancangan pembangunan kompleks perniagaan dalam kawasan kediaman / Abdullah Daud

DAUD, ABDULLAH (1996) Perancangan pembangunan kompleks perniagaan dalam kawasan kediaman / Abdullah Daud. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.
Abstract

Kompleks perniagaan dalam kawasan kediaman adalah merupakan tren pembangunan komersial yang kian popular dewasa kini. Ini adalah berikutan kepesatan pusat-pusat bandar dan nilai tanah yang terlalu tinggi. Masalah kesesakan lalulintas dan kekurangan tempat letak kenderaan awam telah menyebabkan pemilihan pembangunan dilakukan kepada pusat-pusat kediaman yang menjanjikan kawasan tadahan yang luas dan lebih dekat. Disamping itu ia juga membantu menyemarakkan pembangunan secara menyeluruh ke semua kawasan dalam sesebuah negeri. Dengan bertindak sebagai 'magnet' kepada sesuatu tempat ianya akan berjaya menarik Iain-lain pembangunan untuk dimajukan di sesuatu Kawasan terbabit. Kewujudannya adalah membantu kesesakan bandar dan menjaminkan perkhidmatan yang bermutu kepada para pengunjung. Namun begitu garis panduan sedia ada adalah tidak sesuai lagj untuk dipraktikkan dengan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kuasa beli penduduk. Dengan itu kajian ini adalah dijalankan untuk menyediakan satu garis panduan yang baru demi mempertingkatkan lagi mutu perancangan yang bakal dirancangkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 62043.PDF]
Text
62043.PDF
Download (104kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics