Cadangan cawangan dan rekabentuk baru Jari-jari Massase and Spa Centre di banglo dua tingkat No 2 Jalan SS 2/75, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan / Norhariati Hassan

HASSAN, NORHARIATI (2008) Cadangan cawangan dan rekabentuk baru Jari-jari Massase and Spa Centre di banglo dua tingkat No 2 Jalan SS 2/75, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan / Norhariati Hassan. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mewujudkan sebuah pusat rawatan kecantikan 'Jari-jari Massage and Spa Centre', di Semenanjung Malaysia dan untuk memajukan serta meningkatkan taraf penjagaan kesihatan dan kecantikan di negara ini. Pelanggan dapat mendapat rawatan yang berlainan daripada spa yang sedia ada di Malaysia ini. Dengan adanya pusat ini dan kemudahan yang ditawarkan, ia dapat memberi variasi pilihan kepada para pelanggan yang datang dari serata tempat dengan hanya mengenakan harga yang berpatutan dengan perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan. Selepas mengenal pasti latarbelakang klien, proses mencari tapak cadangan dijalankan. Bagi memastikan lokasi tapak yang sesuai untuk menjalankan projek akhir, proses pemilihan tapak projek dilakukan beberapa kali untuk menentukan projek ini sesuai dengan pasaran semasa dan jenis bangunan dapat disesuaikan dengan projek yang dijalankan, yang beralamat di sebuah banglo dua tingkat di No 2 Jalan, SS 2/75, Petaling Jaya, Selangor. Tapak projek ini bersesuaian dengan projek kerana tidak terdapat persaingan di kawasan berdekatan dan terdapat banyak kedai pakaian pengantin.Lokasi yang memberi kemudahan dari segi infratruktur dan kemudahan awam akan membuatkan sesebuah projek itu berjaya. Sebelum memulakan proses rekabentuk, objektif kajian amat penting untuk menentukan hala tuju projek, seperti untuk memastikan hubungkait antara ruang mempunyai kesinambungan supaya memudahkan pelanggan dan memberi keselesaan kepada pelanggan. Seterusnya konsep dan imej yang ingin ditonjolkan dalam projek adalah berdasarkan daripada elemen yang terdapat dalam spa itu sendiri iaitu'Soothing Tropical' di mana terdapat elemen tropikal juga sedikit elemen moden yang ingin diterapkan dalam rekabentuk ruang. Untuk mengimbangi konsep dan imej, malah imej yang digunakan juga bertemakan tropika. Cadangan rekabentuk yang ingin ditonjolkan adalah berkonsepkan tropika yang bersesuaian dengan spa ini iaitu menyediakan rawatan daripada etnik Dusun. Sebagai kesimpulannya keseluruhan kajian yang dilakukan, 'Jari-jari Massage and Spa Centre' ini mempunyai imej yang baru dan mencerminkan sebuah spa tempatan yang boleh bersaing dengan spa-spa yang sedia ada.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
HASSAN, NORHARIATI
2005487045
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abdul Halim, Nurrajwani
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > Business
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Department Of Interior Architecture
Keywords: Spa, Rekabentuk, Selangor
Date: April 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61985
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 61985.PDF] Text
61985.PDF

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

61985

Indexing

Statistic

Statistic details