Nikmat hujan kepada manusia / Nurul Atikah Poniran and Dr. Mohamad Hasif Jaafar

Poniran, Nurul Atikah and Jaafar, Mohamad Hasif (Dr.) (2021) Nikmat hujan kepada manusia / Nurul Atikah Poniran and Dr. Mohamad Hasif Jaafar. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Setiap yang Allah ciptakan di muka bumi ini memberikan kebaikan dan keburukan. Kejadian siang, malam, pelangi dan setiap musim di dunia ini memberikan 1001 makna. lanya merupakan nikmat dan ujian kepada seluruh penduduk di alam ini. Selalunya, ianya memberikan kebaikan namun adakalanya ianya memberikan keburukan. Maha Kuasa Allah yang telah menciptakan hujan. Hujan merupakan rahmat serta nikmat yang diturunkan dengan pelbagai manfaat. Antara manfaat yang kita sendiri, iaitu manusia peroleh adalah air untuk manusia minum, mencuci dan memasak. Selain itu, hujan memberikan kebaikan kepada alam. Misalnya haiwan dan tanaman. Dengan adanya air hujan, tempat-tempat tertentu seperti hutan belantara, hutan simpan dan kawasan yang tidak dijaga oleh manusia akan mendapat manfaat kepada kehidupan flora dan fauna. Tumbuh-tumbuhan dapat menjalankan proses fotosintesis secara semulajadi dan sempurna dengan kehadiran air daripada hujan serta matahari. Dengan berlakunya proses fotosintesis yang sempurna, pepohon akan menyediakan udara yang bersih untuk dihirup oleh manusia dan akan kurangnya berlaku pencemaran udara dan jerebu yang pastinya akan memberikan kesan buruk kepada rumah hijau atau secara umumnya, kepada bumi. Begitulah pentingnya hujan kepada manusia dan alam semesta. Hujan dianggap suci di dalam Islam kerana ianya termasuk di dalam kalangan air mutlak yang bersifat suci lagi menyucikan. Daripada air hujan, seseorang boleh mengambil wudhu’, mengangkat hadas besar dan kecil dengannya.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Poniran, Nurul Atikah
UNSPECIFIED
Jaafar, Mohamad Hasif (Dr.)
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and science
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Hujan, manusia, ACIS
Date: April 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61981
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 61981.pdf] Text
61981.pdf

Download (5MB)

ID Number

61981

Indexing

Statistic

Statistic details