Aplikasi GIS dalam kajian taburan aktiviti kegunaan tanah di kawasan bukit batu kapur di Ipoh, Perak / Kamarul' Ain Kamal and Nor A' Aini Othman

Kamal, Kamarul' Ain Kamal and Othman, Nor A' Aini (2010) Aplikasi GIS dalam kajian taburan aktiviti kegunaan tanah di kawasan bukit batu kapur di Ipoh, Perak / Kamarul' Ain Kamal and Nor A' Aini Othman. [Research Reports] (Submitted)
Abstract

Batu kapur adalah merupakan salah satu material penting dalam proses pembinaan. Aktiviti pembangunan yang pesat telah menyumbang kepada peningkatan permintaan terhadap batu kapur terutama sekali dalam bentuk simen dan marmar. lni mengakibatkan banyak kawasan bukit batu kapur terutamanya yang berhampiran dengan kawasan bandar dieksploitasi. Aktiviti kuari yang dijalankan mengakibatkan cerun dan tebing di kawasan bukit batu kapur berisiko tinggi untuk mengalami proses tanah runtuh terutama ketika hujan lebat. Kajian ini tertumpu kepada taburan aktiviti kegunaan tanah yang berada di persekitaran kawasan bukit batu kapur dengan tujuan untuk mengenalpasti aktiviti kegunaan tanah yang berada dalam lingkungan zon sangat bahaya dan zon bahaya sekiranya berlaku kejadian tanah runtuh. Kajian ini menggunakan aplikasi G/5 menerusi operasi pengukuran jarak dan analisis kedekatan yang mana telah dapat menentukan sempadan jarak zon keselamatan dengan tepat dan efektif. Maklumat kegunaan tanah diperolehi melalui kajian inventori di tapak dan seterusnya semakan terhadap data reruang sekunder dari Majlis Bandaraya lpoh. Kajian yang dijalankan di persekitaran Gunung Lengkun (dalam kawasan MBI) mendapati bahawa tidak terdapat sempadan zon penampan yang jelas diantara kaki bukit batu kapur dan aktiviti kegunaan tanah di persekitarannya. lni menunjukkan bahawa kebanyakan aktiviti kegunaan tanah tersebut berisiko tinggi menghadapi bahaya sekiranya berlaku kejadian tanah runtuh. Sehubungan itu, penyediaan dan penguatkuasaan peraturan dan garis panduan yang berkesan oleh pihak berkuasa adalah sangat penting dalam usaha untuk mengelakkan daripada berlakunya kesan negatif kepada manusia dan alam persekitaran.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 61726.pdf]
Text
61726.pdf
Download (229kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics