Institut Teknologi MARA Cawangan Melaka

Perpustakaan Tun Abdul Razak, Jabatan Arkib Universiti (2019) Institut Teknologi MARA Cawangan Melaka. Memori Korporat (66).
Abstract

Institut Teknologi MARA Cawangan Melaka mula beroperasi pada 15 Ogos 1984 dengan bilangan pelajar sebanyak 158 orang serta 5 orang tenaga pengajar dan 32 orang kakitangan sokongan. Pada ketika itu, ITM Cawangan Melaka ditempatkan di bangunan sementara di Jalan Hang Tuah yang merupakan Bangunan Institut Kemahiran MARA dan di kampus tambahan di Bachang, manakala asrama pelajar terletak di Taman Setia Jaya. Antara kursus yang ditawarkan pada ketika itu adalah Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Perakaunan dan Diploma Kesetiausahaan. Kajian Luar Kampus mula diadakan pada tahun 1985 untuk menampung keperluan penduduk negeri Melaka dan persekitaran daerah Muar dan Johor.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 61561.pdf]
Text
61561.pdf
Download (846kB)
Indexing & Metrics