Impak Program Pembangunan Rakyat Termiskin / Linda Yabi … [et.al.]

Yabi, Linda and Basat, Jessica and Daneil, Leslie and Melai, Ben Anderson and Ibrahim, Mohd. Rizal and Rakawi, Fadly Faizal (2001) Impak Program Pembangunan Rakyat Termiskin / Linda Yabi … [et.al.]. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Dewasa ini, kemiskinan adalah salah satu daripada masalah yang melanda negeri kita khususnya masyarakat luar bandar. Demi menyahut serta membendung masalah ini, kami dengan inisiatif tertentu telah berusaha untuk membuat kajian berkenaan dengan "Impak Program PPRT Kajian Kes di Kota Samarahan”. PPRT adalah singkatan daripada, Program Pembangunan Rakyat Termiskin. Tujuan kajian ini adalah untuk memberi pemahaman kepada masyarakat sasaran tentang objektif sebenar kerajaan melalui program PPRT dan secara tidak langsung membantu kerajaan dalam program ini. Melalui kajian yang kami lakukan, antara objektif yang kami tetapkan adalah seperti melihat penerimaan masyarakat terhadap PPRT dan mengesan punca-punca atau stimulus yang membawa kepada kemiskinan kepada penduduk di sekitar kajian. Untuk menjalankan penyelidikan dan kajian bagi tesis ini kami telah menggunakan data primer iaitu sesi temubual, borang soal selidik dan pemerhatian. Dari data sekunder pula kami dapatkan dari keratan akhbar dan perpustakaan, Teknik-teknik persampelan yang dilakukan ialah seperti persampelan rawak mudah, teknik multi berperingkat dan sampel sasaran.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 61401.pdf]
Text
61401.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan, Sarawak
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics