Sejarah Pusat Latihan UiTM Kampung Gajah, Perak

Perpustakaan Tun Abdul Razak, Jabatan Arkib Universiti (2021) Sejarah Pusat Latihan UiTM Kampung Gajah, Perak. Memori Korporat (100).
Abstract

Pusat Latihan UiTM mula beroperasi pada bulan Disember 1996 di sebuah Kawasan perlombongan peninggalan Malaysia Mining Corporation (MMC) di Kampung Sungai Galah, Mukim Kampung Gajah, Perak. Tanah yang seluas 500 ekar di Lot 4147, 3342 dan 2779 ini adalah anugerah daripada Kerajaan Negeri Perak kepada UiTM untuk dimajukan sebagai Pusat Latihan. Kawasan ini dikelilingi oleh bekas tapak-tapak perlombongan yang beroperasi sejak zaman penjajahan British yang mempunyai 26 buah banglo peninggalan Syarikat MMC dan 9 buah daripadanya telah digunakan oleh Pusat Latihan UiTM sebagai asrama, surau dan rumah tamu. Sementara beberapa buah banglo lain telah dijadikan pejabat pentadbiran dan dewan makan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 61346.pdf]
Text
61346.pdf
Download (388kB)
Indexing & Metrics