Persediaan menghadapi peperiksaan: satu pendekatan / Azman Taher

Taher, Azman (1990) Persediaan menghadapi peperiksaan: satu pendekatan / Azman Taher. GADING Majalah Akademik ITM Cawangan Pahang, 2 (2): 6. pp. 57-74.

Abstract

Setiap institusi pendidikan menggunakan prestasi peperiksaan sebagai kriteria utama dalam mengukur pencapaian pelajar-pelajarnya. Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menggunakan sistem agregat manakala Institut Teknologi MARA (lTM). umpamanya, menggunakan kaedah Purata Nilaian Gred atau lebih dikenali sebagai "Grade Point Average (GPA)" dalam menilai kecemerlangan atau sebaliknya pelajar-pelajar. Sebagai contoh, Anugerah Cemerlang Pengarah ditakrifkan sebagai:- . Anugerah Cemerlang Pengarah adalah anugerah kepujian kepada pelajar yang tamat kursus dan berjaya memperolehi Purata Nilai Gred (PNG) 3.50 atau lebih bagi tiap-tiap semester dengan syarat ia tidak pernah mengulangi mana-mana mata pelajaran. Jika pelajar menjalani Latihan Amali selama satu semester dan diberi gred Lulus/Gagal, semester berkenaan tidak diambil kira untuk anugerah ini. Sehubungan dengan isu ini, ahli-ahli akademik bersependapat bahawa pencapaian akademik tidak boleh digunakan sebagai pengukur tunggal dalam memperakui kecemerlangan seseorang pelajar. Salah satu isu yang telah diperdebatkan semasa Konferensi Akademik ITM yang telah berlangsung pada 13hb. September 1990 bertempat di ITM Cawangan Johor, Segamat ialah menghasilkan graduan-graduan yang seimbang - cemerlang dalam pencapaian akademik serta cemerlang dalam aktiviti kokurrikulum. Betapapun, tidak dinafikan bahawa pencapaian akademik atau khususnya pencapaian pelajar dalam peperiksaan masih digunakan sebagai "kunci" kecemerlangan pelajar.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Taher, Azman
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia
L Education > LB Theory and practice of education > Educational tests and measurements
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: GADING Majalah Akademik ITM Cawangan Pahang
UiTM Journal Collections: Others > GADING
Volume: 2
Number: 2
Page Range: pp. 57-74
Keywords: Peperiksaan, Pendidikan, Sistem penilaian
Date: 1990
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61072
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 61072.PDF] Text
61072.PDF

Download (7MB)

ID Number

61072

Indexing

Statistic

Statistic details