Penggunaan statistik dalam penyelidikan / Nooreha Husain

Husain, Nooreha (1990) Penggunaan statistik dalam penyelidikan / Nooreha Husain. GADING Majalah Akademik ITM Cawangan Pahang, 2 (2): 4. pp. 37-46.

Abstract

Dari satu sudut, penyelidikan dapat ditakrifkan sebagai satu objektif mencari bahan dan fakta baru termasuk tafsiran yang munasabah. Penyelidikan juga adalah hasil dan pencarian ilmu pengetahuan yang berterusan, penggunaan secara praktik akan kesimpulan sains serta secara pemerhatian, bagi memastikan kesahihan maklumat yang telah diperolehi. Disini kaedah statistik dapat memberikan sumbangan yang besar dalam membantu penyelidikan, contohnya eksperimen dan penyelidikan yang menggunakan kaedah tinjauan selalunya memaksa kita menggunakan ilmu statistik. Statistik merupakan satu kaedah penyelidikan sistematik yang membawa kepada keputusan yang lebih jitu dan mantap. Ia juga adalah satu kaedah saintiflk yang digunakan untuk mengumpul, merancang, merangka dan menganalisa data serta membuat keputusan yang 'logik dan munasabah berdasarkan kepada analisa tersebut. Walau apapun, sebenarnya kaedah statistik mementingkan semua kesudahan yang mungkin terjadi dalam semua penyelidikan yang dijalankan. Pada masa ini, penggunaan komputer yang meluas juga telah mempengaruhi pelbagai bidang termasuklah mempengaruhi pemikiran ahli-ahli statistik dimana mereka perlu menyelaraskan semua kaedah-kaedah statistik dengan waras supaya bersesuaian dengan penggunaan komputer. Ini akan dapat memberi pencapaian yang lebih baik dalam satu-satu penyelidikan yang dijalankan. Skop dan konsep interpretasi data dalarn statistik gunaan secara kasanya terbahagi kepada dua jenis iaitu deskriptif dan inferensi/induktif. Statistik deskriptif lebih menitikberatkan penyusunan data yang dikumpul dan tidak ada sebarang langkah yang diambil kearah penyeluruhan tersebut. Sebarang perlakuan data yang membenarkan ramalan atau ertian berkenaan sesuatu set data yang lebih besar dikumpulkan dibawah bidang statistik inferensi.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Husain, Nooreha
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HA Statistics > Statistical data
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: GADING Majalah Akademik ITM Cawangan Pahang
UiTM Journal Collections: Others > GADING
Volume: 2
Number: 2
Page Range: pp. 37-46
Keywords: Statistik, penyelidikan, komputer
Date: 1990
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61046
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 61046.PDF] Text
61046.PDF

Download (3MB)

ID Number

61046

Indexing

Statistic

Statistic details