Teori adaptasi - faithful dan loose: perbandingan naratif antara Filem Azura (1984) dan Filem Azura (2012) / Ros Shila Mat Isa

Mat Isa, Ros Shila (2012) Teori adaptasi - faithful dan loose: perbandingan naratif antara Filem Azura (1984) dan Filem Azura (2012) / Ros Shila Mat Isa. [Student Project] (Submitted)

Abstract

Filem adaptasi dari filem asal ke filem baru di Malaysia kurang diterbitkan berbanding filem adaptasi dari novel, cerita-cerita rakyat dan komik yang telah menjadi trend pada masa kini untuk di filemkan. Menerusi filem Lagenda Budak Setan (2010) dan filem Ombak Rindu (2011) adalah hasil daripada adaptasi sebuah novel. Namun di dalam dunia perfileman Melayu pada era tahun 1950-an menerusi filem Panggilan Pulau (1954) yang diarahkan oleh S. Ramanathan dan kemudiannya filem itu diadaptasi oleh pengarah Ahmad Fauzee ke filem Panggilan Pulau ( 1994 ). Hal ini, telah berlaku terhadap proses pengadaptasian filem dan kemudian filem tersebut secara tidak langsung menjadi perubahan kepada naratif Hal ini, sama juga berlaku di dalam filem Azura (1984) oleh Deddy M.Borhan dan filem Azura (2012) oleh Aziz M.Osman. Kajian penulisan ilmiah ini memfokuskan tentang adaptasi faithful dan loose mengikut pendekatan adaptasi oleh Louis Giannetti. Kajian ini hanya tertumpu kepada pendekatan adaptasi kerana adaptasi dari filem asal ke filem baru yang secara tidak langsung perubahan jalan cerita, idea, watak dan perwatakan akan di angkat oleh pengarah menerusi filemnya. Kajian berkenaan adaptasi filem dapat dilihat di dalam filem Azura (1984) dan filem Azura (2012). Penulisan ilmiah ini menggunakan kaedah metodologi berbentuk kualitatif iaitu menganalisa dan mengumpul data yang diperolehi. Bagi melengkapkan kajian ini penontonan filem kajian juga dilakukan agar lebih memfokuskan kepada tajuk kajian. Kajian penulisan ilmiah ini dilakukan untuk melihat kaedah penggunaan pendekatan adaptasi di dalam filem dalam penyampaian naratif mengikut peredaran latar masa dan tempat.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat Isa, Ros Shila
2009510199
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Tasnim, Putri
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures
P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Love in motion pictures. Romance films
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Film, Theatre and Animation
Programme: Ijazah Sarjana Muda Skrin
Keywords: Faithful dan Loose, Azura (1984), Azura (2012), Film, Malay Film
Date: December 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60937
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 60937.PDF] Text
60937.PDF

Download (2MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

60937

Indexing

Statistic

Statistic details