Penggunaan teknologi maklumat di kalangan kakitangan pentadbiran dan pengguna dewasa Perpustakaan Hipermedia Majlis Perbandaran Subang Jaya: satu tinjauan / Khairil Khaizuran Mohamed Radzi

Mohamed Radzi, Khairil Khaizuran (2000) Penggunaan teknologi maklumat di kalangan kakitangan pentadbiran dan pengguna dewasa Perpustakaan Hipermedia Majlis Perbandaran Subang Jaya: satu tinjauan / Khairil Khaizuran Mohamed Radzi. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (Kampus Puncak Perdana).
Abstract

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan bangganya mengistiharkan penubuhan sebuah perpustakaan awam berkonsepkan HIPERMEDIA yang menggunakan aplikasi tek:nologi tinggi yang berorentasikan penggunaan teknologi maklumat yang pertama seumpamanya di Malaysia untuk masyarakat 'Kota Idamannya '. Perpustakaan yang dikenali sebagai Perpustakaan Hipermedia MPSJ menjadi bukti peranan yang dimainkan oleh kerajaan tempatan dalam menyediakan infrastruktur moden kearah melahirkan masyarakat bermaklumat sebagai persediaan menjelang Wawasan 2020 nanti. Penyelidikan bertajuk 'Penggunaan Teknologi Maklumat Di Kalangan Kakitangan Pentadbiran dan Pengguna Dewasa Perpustakaan Hipermedia Majlis Perbandaran Subang Jaya : Satu Tinjauan', ini dijalankan bagi meninjau sejauhmana penyediaan pusat maklumat mempengaruhi penggunaan perkhidmatan teknologi maklumat yang disediakan oleh pihak perpustakaan. Tinjauan ini dilihat dari aspek tahap penggunaan tek:nologi maklumat, tahap kesan, tahap pengetahuan dan kesedaran; dan tahap latihan menggunakan perkhidmatan teknologi maklumat. Melalui borang soal selidik seramai 22 orang kakitangan pentadbiran dan 132 orang pengguna dewasa telah diambil sebagai responden penyelidikan. Hasilnya beberapa penemuan penting dan cadangan telah diperolehi yang boleh dijadikan panduan membantu perancangan perpustakaan pada masa akan datang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 60936.PDF]
Text
60936.PDF
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Harta Intelek, Unit Terbitan Bersiri dan Elektronik | PTAR Puncak Alam
Item Status
Indexing & Metrics