Perkongsian: Menurut perspektif seksyen 3 (1) Akta Perkongsian 1961 / Abdul Rahim Samsudin

Samsudin, Abdul Rahim (1990) Perkongsian: Menurut perspektif seksyen 3 (1) Akta Perkongsian 1961 / Abdul Rahim Samsudin. GADING Majalah Akademik ITM Cawangan Pahang, 2 (2): 1. pp. 1-6.

Abstract

Sebelum tahun 1950 iaitu sebelum digubal Ordinan Kontrak, kaedah undang-undang mengenai perkongsian adalah memakai undang-undang perkongsian Inggeris. Kemudian prinsip undang-undang perkongsian telah dimasukkan dalam Bab Ke-X, Ordinan Kontrak 1950 dan pada tahun 1961 Bab Ke-X itu telah dikeluarkan untuk dijadikan satu statut yang tersendiri dengan nama Ordinan Perkongsian 1961. Ordinan tersebut sebenarnya merupakan status yang meniru bulat-bulat kaedah undang-undang yang terdapat di dalam Ordinan Perkongsian Sabah. Pada tahun 1974, Ordinan Perkongsian 1961 ini telah dijadikan,Akta untuk pemakaian bagi keseluruhan negeri-negeri di Malaysia. Meskipun telah ada satu status untuk menyelesaikan persoalan yang berkaitan dengan perkongsian namun, pemakaian kaedah ekuiti dan prinsip Common Law" Inggeris-masih dilakukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia. Keadaan ini berlaku kerana Seksyen 47(1) memperuntukkan: "Kaedah-kaedah ekuiti dan common law yang terpakai dalam perkongsian hendak lah terus berkuatkuasa, kecuali setakat mana yang ianya tidak bertentangan dengan peruntukan-peruntukan nyata Akta ini". Kesan nyata dari peruntukan Seksyen 47(1) itu ialah penggunaan kaedah ekuiti dan prinsip Common Law Inggeris kecuali kaedah atau prinsip tersebut jelas bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Akta perkongsian. Keadaan yang sama akan berlaku sekiranya tiada terdapat peruntukan di dalam Akta yang boleh menyelesaikan suatu masalah sedangkan ekuiri dan common law dapat mengatasinya.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Samsudin, Abdul Rahim
UNSPECIFIED
Subjects: K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Obligations
K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Obligations > Contracts
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: GADING Majalah Akademik ITM Cawangan Pahang
UiTM Journal Collections: Others > GADING
Volume: 2
Number: 2
Page Range: pp. 1-6
Keywords: Ordinan Kontrak, Ordinan Perkongsian, Akta Perkongsian
Date: 1990
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60883
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 60883.PDF] Text
60883.PDF

Download (2MB)

ID Number

60883

Indexing

Statistic

Statistic details