Peranan dan hala tuju Institusi Zakat dan Sedekah di UiTM / Dr Rafidah Mohd Azli and Dr Mohd Ashrof Zaki Yaakob

Mohd Azli, Dr Rafidah and Yaakob, Dr Mohd Ashrof Zaki (2022) Peranan dan hala tuju Institusi Zakat dan Sedekah di UiTM / Dr Rafidah Mohd Azli and Dr Mohd Ashrof Zaki Yaakob. Epitome of Nature (EON). pp. 62-64. ISSN 2773-5869

Abstract

Aspek kebajikan warga universiti merupakan antara perkara yang penting dan wajib dititikberatkan di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Penubuhan unit zakat dan sedekah di institusi pengajian tinggi merupakan satu bahagian yang penting. Ini kerana institusi pengajian tinggi menerima pelajar dari keluarga yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza. Pelajar yang menuntut di IPT berasal dari keluarga asnaf dan bukan asnaf. Pihak IPT di seluruh negara telah menyediakan unit atau bahagian kutipan dan agihan zakat bagi memastikan objektif zakat tercapai di kalangan warga universiti. Walaupun demikian, masih ramai pihak masih belum menyedari fungsi dan peranan unit zakat kampus. Pihak tersebut adalah dari kalangan kakitangan dan pelajar universiti. Oleh yang demikian, artikel ini ingin mengenengahkan peranan dan hala tuju institusi zakat dan sedekah di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Pada tahun 2012, Unit Zakat diletakkan di bawah pengurusan oleh Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam atau Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU). Seterusnya, pada tahun 2014, CITU telah dinaiktaraf menjadi Akademi Pengajian Islam Kontemporari atau Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) dan Unit Zakat telah bertukar nama kepada Pusat Zakat, Sedekah dan Wakaf. Bermula pada 2019, ia sekali lagi dinaiktaraf menjadi Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) dan diletakkan di bawah seliaan Pejabat Naib Canselor, serta diterajui oleh seorang pengarah yang dilantik dari kalangan pensyarah ACIS.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 60868.pdf] Text
60868.pdf

Download (638kB)

ID Number

60868

Indexing

Statistic

Statistic details