Kajian terhadap keperluan maklumat di kalangan pelatih Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang, Selangor Darul Ehsan / Faishal Abdul Razak

Abdul Razak, Faishal (2001) Kajian terhadap keperluan maklumat di kalangan pelatih Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang, Selangor Darul Ehsan / Faishal Abdul Razak. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (Kampus Puncak Perdana).

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti keperluan makJumat di kalangan pelatih di Institut kemahiran Belia Negara, Sepang, Selangor Darul Ehsan. Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengetahui jenis-jenis makJumat yang diperlukan, sumber-sumber untuk mendapatkan maklumat, koleksi-koleksi bahan yang diperlukan, perkhidmatan-perkhidmatan perpustakaan yang diperlukan dan masalah-masalah yang dihadapi dalam mendapatkan maklumat. Sebanyak 60 set atau borang soal selidik telah diedarkan dan sebanyak 56 set telah dikembalikan. Kaedah penganalisaan data yang diadaptasikan ialah deskriptif dan juga had peratusan. Diantara penemuan utama dalam penyelidikan ini ialah selain daripada makJumat akademik/ilmiah, kesemua responden memerlukan maklumat-maklumat lain. Sumber maklumat yang digunakan ialah para pengajar dan rakan-rakan. Koleksi-koleksi yang diperlukan ialah koleksi teknologi maklumat dan koleksi bahan pandang . Perkhidmatan perpustakaan yang diperlukan ialah perkhidmatan fotostat dan perkhidmatan teknologi maklumat. Diantara masalah-masalah yang dihadapi dalam mendapatkan makJumat ialah bahan-bahan tidak 'up-to-date', koleksi tidak lengkap dan waktu perkhidmatan perpustakaan yang tidak konsisten serta penggunaan perpustakaan untuk aktiviti-aktiviti lain yang menyebabkan perpustakaan ditutup. Pihak pengurusan institut perlu memikirkan tindakan yang sewajarnya untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan supaya dapat memenuhi keperluan maklumat para penggunanya dan mampu bergerak seiring dengan perkembangan dan kemajuan institut.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Razak, Faishal
97404266
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Hashim, Husain
UNSPECIFIED
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources (General) > Research. Information retrieval. Information behavior. Information literacy
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources (General) > Information services. Information centers
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Information in specific formats or media > Electronic information resources
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat
Keywords: Keperluan Maklumat, Pelatih, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang, Selangor Darul Ehsan, Information resources
Date: April 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60853
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 60853.PDF] Text
60853.PDF

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

60853

Indexing

Statistic

Statistic details