Definisi wang / Ismadi Ismail

Ismail, Ismadi (1989) Definisi wang / Ismadi Ismail. GADING Majalah Akademik ITM Cawangan Pahang, 1 (4): 4. pp. 28-41.

Abstract

Wang boleh didefinisikan sebagai apa-apa sahaja benda yang boleh diterima umum sebagai pembayaran untuk barangan, perkhidmatan dan hutang piutang. Perkataan diterima umum amat penting dalam definisi ini, kerana orang ramai menumpukan perhatian kepada fakta bahawa apa-apa juga komoditi sarna ada dikeluarkan oleh kerajaan atau tidak boleh bertindak sebagai wang. Dalam masyarakat itu sendiri melalui penggunaan dan penerimaan sesuatu barang itu sebagai wang, maka ini dengan sendirinya memberikan secara umum barang tersebut kuasa membeli bagi wang. Sikap dan perlakuan manusia menentukan sarna ada sesuatu barang itu diterima umum sebagai wang atau tidak. Kadangkala wang sah yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi sesebuah negara tidak boleh diterima umum sebagai wang. Contohnya, sernasa perang saudara di China, rakyatnya menukarkan rokok sebagai wang, sebab peperangan telah menghapuskan nilai wang kertas yang sah yang dikeluarkan oleh kerajaan. Definisi wang adalah berbagai-bagai. Kadang-kadang ia didefinisikan dalam ertikata bagaimana ia digunakan. Sebagaimana yang diketahui wang berfungsi sebagai alat pertukaran, unit pengiraan, sebagai penyimpan nilai dan ukuran nilai bayaran tertangguh. Wang juga boleh didefinisikan melalui bentuk fizikalnya iaitu wang syiling dan kertaas, simpanan semasa, cek, wang kiriman pos yang digunakan untuk pembayaran. Memandangkan pengertian wang sukar ditentukan, maka artikel ini akan membincangkan bagaimana wang dapat didefinisikan sarna ada secara teoritikal melalui ciri-ciri wang atau pun empirikal. Artikel ini mengandungi empat bahagian. Bahagian pertama membincangkan ciri-ciri wang dan bahagian ke dua pula, menerangkan komponen stok wang. Manakala bahagian ke tiga mengutara perbincangan berhubung dengan definasi wang secara empirikal dan bahagian yang akhir. sekali merupakan kesimpulan kepada artikel ini.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Ismadi
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > Money
H Social Sciences > HG Finance > Money > Money market
H Social Sciences > HG Finance > Money > Money and prices. Inflation. Deflation. Purchasing power
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: GADING Majalah Akademik ITM Cawangan Pahang
UiTM Journal Collections: Others > GADING
Volume: 1
Number: 4
Page Range: pp. 28-41
Keywords: Wang, alat pertukaran, unit pengiraan
Date: 1989
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60844
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 60844.PDF] Text
60844.PDF

Download (7MB)

ID Number

60844

Indexing

Statistic

Statistic details