Kepelbagaian semut dan faktor yang mempengaruhinya / Nur Aina Munirah Ab Baki and Nursyazni Abdul Rahim

Ab Baki, Nur Aina Munirah and Abdul Rahim, Nursyazni (2022) Kepelbagaian semut dan faktor yang mempengaruhinya / Nur Aina Munirah Ab Baki and Nursyazni Abdul Rahim. Epitome of Nature (EON). pp. 41-43. ISSN 2773-5869
Abstract

Semut terkenal sebagai elemen yang paling dominan di dalam ekosistem darat, dimana ia menyumbang kepada sebahagian besar biojisim. Semut juga merupakan kumpulan serangga sosial yang paling besar dan amat penting dalam menyumbang kepada ekosistem darat. Ia juga dianggap sebagai penanda ekologi yang baik disebabkan aktiviti mutualistik flora dan fauna, dimana ia dapat memberikan sumbangan yang besar kepada persekitaran dengan meningkatkan kualiti tanah dan membantu proses pereputan. Kepentingan ekologi, kelimpahan spesies dan bilangan yang dominan menjadikan semut sebagai subjek utama apabila berkaitan dengan kajian berkenaan kepelbagaian dan biodiversiti. Kebolehan sesuatu organisma untuk membiak dan mempunyai pertumbuhan yang optimum dipengaruhi oleh faktor abiotik dan biotik. Sebagai contoh, ketersediaan sebatian yang utama seperti air, mineral dan oksigen memainkan peranan dalam ketahanan untuk terus hidup. Hubungan simbiosis antara semut dan afid (kutu daun) menjadi contoh salah satu kunci utama untuk spesis semut meneruskan hidup dan berlindung daripada pemangsa mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 60843.pdf]
Text
60843.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics