Emas berwarna coklat / Dr Muhammad Aidil Ibrahim, Putri Norfatihah Hashim Nazri and Wan Nur Walin Syahmina Wan Mohamed Yani

Ibrahim, Dr Muhammad Aidil and Hashim Nazri, Putri Norfatihah and Wan Mohamed Yani, Wan Nur Walin Syahmina (2022) Emas berwarna coklat / Dr Muhammad Aidil Ibrahim, Putri Norfatihah Hashim Nazri and Wan Nur Walin Syahmina Wan Mohamed Yani. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869

Abstract

Setiap benua di dunia diberkati dengan iklim yang berbeza. Ada yang mempunyai empat musim, ada yang dipancarkan dengan cahaya matahari yang panjang jangkamasanya, ada yang diberkati dengan musim bunga sepanjang tahun, dan ada juga yang dicurahi dengan kekerapan hujan yang lebat. Perbezaan iklim yang dialami membolehkan alam semula jadi menghasilkan ciri landskap yang berbeza-beza mengikut benua. Malaysia merupakan salah satu negara yang terletak di garisan khatulistiwa yang dikurniakan keadaan dimana haba dan kelembapan berlaku disepanjang tahun. Purata suhu 27˚C dan taburan hujan dalam julat yang agak tinggi iaitu sebanyak 250cm setahun membolehkan landskap Malaysia dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan (Saw Swee Hock, 2007). Syurga hijau ini bertindak sebagai habitat bagi pelbagai jenis spesis fauna yang berkeliaran, berinteraksi dan memakan daripada sumber alam semula jadi adalah semuanya menyumbang kepada keseimbangan ekosistem. Keselestarian terhadap ekosistem yang mantap inilah yang menjadikan Malaysia sebagai negara yang kaya dengan khazanah hasil dari bumi yang subur. Bersempena dengan tema bagi isu kali ini iaitu “Buah- buahan tempatan”, marilah kita bersuai kenal dengan salah satu khazanah tempatan Malaysia yang amat berharga, iaitu buah koko, dan ayuh kita mempelajari manfaat yang dimilikinya. Biji koko ialah hasil daripada buah yang dikeluarkan pokok koko (Theobroma cacao), tumbuhan tropika yang berasal dari kawasan khatulistiwa benua Amerika. Menurut Campos- Vega et al. (2018), terdapat 22 spesis genus Theobroma. Walau bagaimanapun, Theobroma cacao L. adalah yang paling ketara dan giat dijual secara komersial di pasaran. Pes cecair dan biji yang diproses daripada buah koko yang telah dituai akan digunakan untuk membuat serbuk koko dan coklat.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ibrahim, Dr Muhammad Aidil
UNSPECIFIED
Hashim Nazri, Putri Norfatihah
UNSPECIFIED
Wan Mohamed Yani, Wan Nur Walin Syahmina
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
A General Works > Academies and learned societies (General)
L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Emas, coklat, iklim
Date: 1 May 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60781
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 60781.pdf] Text
60781.pdf

Download (1MB)

ID Number

60781

Indexing

Statistic

Statistic details