Analisis perbandingan fatwa mengenai kaedah stunning di kalangan negara-negara Asia Tenggara / Muhamad Firdaus Shapian, Mohd Faizal P. Rameli and Mohd Hapiz Mahaiyadin

Shapian, Muhamad Firdaus and P. Rameli, Mohd Faizal and Mahaiyadin, Mohd Hapiz (2022) Analisis perbandingan fatwa mengenai kaedah stunning di kalangan negara-negara Asia Tenggara / Muhamad Firdaus Shapian, Mohd Faizal P. Rameli and Mohd Hapiz Mahaiyadin. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 8 (1): 8. pp. 1-8. ISSN (e-ISSN) :0128-0902

Abstract

Isu penggunaan kaedah stunning sebelum haiwan disembelih pernah menjadi suatu topik yang begitu hangat di dada-dada akhbar, di kaca-kaca televisyen, di corong-corong radio mahupun di tengah-tengah arus media-media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan Youtube. Kaedah stunning dilihat semakin mendapat tempat di kalangan pengusaha atau pengeluar bahan mentah seperti daging ayam, lembu, kerbau dan kambing. Ini disebabkan oleh faktor yang mendesak bagi pengeluaran yang optimum untuk memenuhi keperluan bahan mentah daging sentiasa mencukupi di pasaran terutamanya pada hari-hari perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali mahupun Hari Krismas. Apabila berdiskusi mengenai kaedah Stunning, soal hukum hakam dan fatwa mengenai kaedah stunning perlu ditekankan. Terdapat banyak keputusan fatwa mengenai kaedah stunning yang telah diputuskan oleh negara-negara Asia Tenggara. Justeru itu, artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut tentang analisis perbandingan fatwa mengenai kaedah stunning di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Artikel ini menggunakan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang berbentuk dokumen seperti Koleksi Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia, koleksi fatwa-fatwa dan undang-undang negara-negara Islam di Asia Tenggara mengenai kaedah stunning seperti fatwa dari negara Brunei, negara Indonesia, negara Thailand, negara Filipina, negara Singapura dan lain-lain. Artikel ini juga menggunapakai pelbagai bahan-bahan ilmiah dari sumber yang pelbagai seperti jurnal, garis panduan dan buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kaedah stunning. Setiap negara di Asia Tenggara mempunyai perbezaan fatwa dan undang-undang mengenai stunning, yang pastinya mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shapian, Muhamad Firdaus
firdausshapian@gmail.com
P. Rameli, Mohd Faizal
faizal061@uitm.edu.my
Mahaiyadin, Mohd Hapiz
mohdhapiz659@uitm.edu.my
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: (e-ISSN) :0128-0902
Volume: 8
Number: 1
Page Range: pp. 1-8
Keywords: Analisis, Asia Tenggara, Fatwa
Date: June 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60499
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 60499.pdf] Text
60499.pdf

Download (263kB)

ID Number

60499

Indexing

Statistic

Statistic details