Hubungan antara gred matematik SPM dengan tahap pencapaian dalam pembelajaran statistik / Siti Balqis Mahlan, Fadzilawani Astifar Alias and Maisurah Shamsuddin

Mahlan, Siti Balqis and Alias, Fadzilawani Astifar and Shamsuddin, Maisurah (2022) Hubungan antara gred matematik SPM dengan tahap pencapaian dalam pembelajaran statistik / Siti Balqis Mahlan, Fadzilawani Astifar Alias and Maisurah Shamsuddin. In: Exploring New Innovation In e-Learning. Unit Penulisan Dan Penerbitan JSKM. ISBN 978-967-25608-3-8

Abstract

Sejak akhir-akhir ini, pencapaian pelajar dalam subjek Matematik dan Statistik di peringkat pengajian tinggi didapati semakin menurun. Terdapat kajian yang dilakukan oleh penyelidik menyatakan ianya berpunca dari kelemahan asas Matematik semasa di peringkat sekolah menengah. Dengan ini, kajian kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungkait di antara gred Matematik Moden dan Matematik Tambahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan tahap pencapaian dalam subjek Statistik di peringkat lebih tinggi iaitu di institusi pengajian tinggi. Kajian kes dijalankan kepada 31 pelajar yang mengambil subjek Statistik. Gred markah bagi Matematik Moden dan Matematik Tambahan SPM diambil melalui borang soalselidik. Keputusan markah peperiksaan akhir semester bagi subjek Statistik diambilkira untuk dijadikan ukuran sebagai pembolehubah bersandar. Analisis deskriptif dan ujian korelasi digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian berdasarkan deskriptif mendapati bahawa pelajar yang mendapat gred Matematik Moden SPM yang baik juga mempunyai markah yang agak baik dalam subjek Statistik. Walaubagaimanapun, ujian korelasi menunjukkan bahawa ianya tidak signifikan. Dengan ini, tidak terdapat bukti yang kukuh menyatakan wujudnya perkaitan di antara gred Matematik Moden SPM dengan pencapaian subjek Statistik. Seterusnya, perbandingan deskriptif data di antara gred Matematik Tambahan SPM dengan subjek Statistik pula mendapati terdapat hubungkait yang positif Berdasarkan nilai Ujian Korelasi menunjukkan bahawa nilai p adalah signifikan dengan nilai korelasi r = 0.378 yang agak rendah iaitu hubungan linear positif yang lemah di antara gred Matematik Tambahan SPM dengan pencapaian markah subjek Statistik. Secara keseluruhannya dalam kajian ini, pencapaian subjek Statistik di peringkat ijazah kurang dipengaruhi oleh pencapaian Matematik Moden dan Matematik Tambahan SPM

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mahlan, Siti Balqis
sitibalqis026@uitm.edu.my
Alias, Fadzilawani Astifar
fadzilawani.astifar@uitm.edu.my
Shamsuddin, Maisurah
maisurah025@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Umar, Norazah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
L Education > LG Individual institutions > Asia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Volume: 3
Keywords: Matematik Moden, Matematik Tambahan, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Statistik, Ujian Korelasi
Date: 15 April 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60417
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 60417.pdf] Text
60417.pdf

Download (163kB)

ID Number

60417

Indexing

Statistic

Statistic details