Citra watak wanita Melayu dalam sinema Melayu klasik era studio: Musang Berjanggut (1959), Siti Zubaidah (1961) dan Tun Fatimah (1962) / Muhammat Md Noh

Md Noh, Muhammat (2021) Citra watak wanita Melayu dalam sinema Melayu klasik era studio: Musang Berjanggut (1959), Siti Zubaidah (1961) dan Tun Fatimah (1962) / Muhammat Md Noh. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Kajian ini membincangkan pemaparan citra watak wanita Melayu dalam tiga buah
filem Melayu klasik terbitan era studio, iaitu Musang Berjanggut (1959), Siti
Zubaidah (1961) dan Tun Fatimah (1962). Melalui pengaplikasian konsep gender
sebagai sebuah persembahan ataupun "Gender is Performativity" oleh Judith Butler,
fokus analisis tertumpu kepada tiga watak utama wanita Melayu tradisonal iaitu
Puspawangi, Siti Zubaidah dan Tun Fatimah. Konsep gender sebagai sebuah
persembahan dianalisa menerusi perspektif adat, budaya tradisional masyarakat
Melayu dan agama yang menjadi sandaran kepada pembentukan citra watak dan
perwatakan yang dianalisis. Penemuan kajian mendapati pemaparan ketiga-tiga watak
utama di dalam teks klasik yang dikaji dipengaruhi oleh adat, budaya tradisional dan
agama yang mengekalkan watak stereotaip yang membataskan sifat autonomi dan
dominasi wanita tradisional di kalangan masyarakat setempat. Kajian juga turut
menemui adat, budaya tradisional Melayu dan agama secara asasnya meraikan sifat
semulajadi wanita tradisional yang dilihat dan digambarkan sebagai pasif, namun
corak atau pola kedudukan watak dan perwatakan wanita di dalam tiga buah filem
yang dikaji sering berubah-ubah bergantung kepada situasi, latar masa, latar tempat
berdasarkan keadaan persekitaran mereka. Kesimpulannya, watak wanita yang dikaji
bersifat dinamik menyumbang kepada representasi pemaparan wanita Melayu yang
lebih progresif dan berperanan sebagai penggerak naratif di dalam filem yang dikaji.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Noh, Muhammat
2017881976
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Motion pictures and women. Women in motion pictures. Including gifted women, feminism, and feminist films
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Programme: Ijazah Sarjana (Teknologi Kreatif Dan Artistik)
Keywords: Women in film; classical Malay film
Collections: Nusantara
Date: October 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60129
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 60129.pdf] Text
60129.pdf

Download (734kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

60129

Indexing

Statistic

Statistic details