Analisis kepelbagaian fatwa masyarakat di Malaysia; tumpuan fatwa terpilih / Mohd Nazril Saad

Saad, Mohd Nazril (2021) Analisis kepelbagaian fatwa masyarakat di Malaysia; tumpuan fatwa terpilih / Mohd Nazril Saad. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Fatwa di Malaysia merupakan suatu ketetapan hukum syarak yang diputuskan oleh
institusi fatwa terdiri daripada empat belas Jawatankuasa Fatwa di peringkat negeri dan
satu Jawatankuasa di peringkat kebangsaan. Keadaan ini menyebabkan berlaku
kepelbagaian pandangan terhadap fatwa yang diputuskan. Enakmen Pentadbiran
Agama Islam Negeri dalam bahagian berkaitan fatwa telah memperuntukkan bahawa
fatwa merupakan jawapan terhadap persoalan yang belum dimuktamadkan atau yang
menimbulkan kontroversi dalam masyarakat. Kepelbagaian fatwa mengenai persoalan
yang belum dimuktamadkan atau isu-isu baharu merupakan suatu kebiasaan. Namun,
kepelbagaian fatwa terhadap persoalan yang menimbulkan kontroversi telah
mengundang kekeliruan dan polemik dalam kalangan masyarakat. Kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti kepelbagaian fatwa yang dilihat mempunyai perbezaan hukum
serta menimbulkan kontroversi dalam masyarakat, faktor-faktor yang mempengaruhi
kepelbagaian fatwa berkenaan dan mencadangkan langkah penambahbaikan bagi
mengharmonikannya. Kajian ini menggunakan dua metode iaitu dokumentasi bagi
mengenal pasti fatwa-fatwa berkaitan, dan temu bual seramai lapan orang responden
terdiri daripada Mufti, AJK Fatwa serta pakar bidang fatwa berkaitan. Aplikasi
berkomputer Atlas.ti 7 turut digunakan bagi menganalisis dan memaparkan dapatan
kajian. Sebanyak empat fatwa telah dipilih untuk dianalisis mewakili tiga kategori iaitu
akidah, fikah dan akhlak serta dilihat menjadi perbincangan pada masa kini. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa terdapat reaksi berbeza sama ada positif mahupun negatif
terhadap isu kepelbagaian fatwa di Malaysia. Kepelbagaian fatwa ini dipengaruhi oleh
dua faktor utama iaitu faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman seperti kepelbagaian
bidang kuasa negeri, kepelbagaian metodologi fatwa, perbezaan kelayakan dan
kecenderungan Mufti serta peranan JMKI yang dilihat terhad. Manakala, faktor luaran
seperti perbezaan realiti setempat dan penerimaan fatwa dalam kalangan ilmuwan
agama itu sendiri. Terdapat empat langkah penambahbaikan yang dicadangkan bagi
mengharmonikan kepelbagaian fatwa seperti menyedarkan masyarakat akan
kepentingan kepelbagaian fatwa, menyerahkan keputusan kepada JMKI sekiranya isu
tersebut melibat peringkat nasional, menghormati dan menerima pakai fatwa di negeri
masing-masing dan menambah baik pelantikan Mufti dengan menetapkan kelayakan
akademi tertentu.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Saad, Mohd Nazril
2018830844
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Bhari, Azri (Dr.)
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Functionaries. Ulama. ﻋﻠﻤﺎء
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana Islam Kontemporari
Keywords: Fatwa
Date: July 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60125
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 60125.pdf] Text
60125.pdf

Download (343kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

60125

Indexing

Statistic

Statistic details