Didik anak menabung / Muniroh Hamat

Hamat, Muniroh (2022) Didik anak menabung / Muniroh Hamat. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM.
Identification Number (DOI): vol 7
Abstract

Wang adalah salah satu perkara penting dalam kehidupan manusia sejak dari dahulu. Pengurusan wang yang berkesan menjadi asas dalam kelangsungan hidup, tambahan lagi ketika berhadapan dengan isu dan wabak global yang melanda pada masa kini. Salah satu perancangan kewangan yang berkesan ialah dengan amalan menabung. Amalan menabung senang dilakukan tetapi perlu konsisten dalam mengaplikasikannya dengan mengikuti panduan yang tepat. Menabung adalah salah satu aspek penting untuk membina asas kewangan yang kukuh, namun masih ramai antara kita yang tidak mengambil berat kepentingan menabung ini. Mendidik dan mengajar anak-anak menabung bukan sahaja dapat mengajar mereka kaedah untuk menyimpan wang, malah secara tidak langsung dapat mengenali wang ringgit dari usia muda. Kesedaran untuk menabung haruslah dilakukan ketika anak-anak masih kecil lagi, kerana ketika usia di awal sekitar 6 hingga 7 tahun, kanak-kanak lebih mudah dan cepat belajar serta mudah menyerap apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan sebagai ibu dan bapa, kita seharusnya mendidik dan menggalakkan anak-anak belajar menguruskan perbelanjaan dari kecil agar mereka tidak membesar menjadi seorang yang boros dan tidak tahu menghargai wang. Tabiat kewangan yang baik seharusnya dipupuk oleh ibu bapa itu sendiri dengan menjadi role model terhebat di mata anak-anak.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 59675.pdf]
Text
59675.pdf
Download (304kB)
Indexing & Metrics